aku dan penulisan ku

09 August 2009

bila otak dah mula berfikir, bagaimana aku ini diperlukan dalam sesuatu atau tidak diperlukan dalam sesuatu perkara. kerana tiada yang mampu menyerikan kesunyian ini.
aku mula berfikir, adakah aku hanya diperlukan bila perlu? dan ditingglkn bila segala keinginan itu telah dikecapi. susah juga menjadi aku. insan yang cuba mencari identiti diri, yang merasakan diri ini betul dlm bnyk perkara.
aku cuba untuk bangun sendiri, aku cuba untuk bertahan diatas dua kaki dan diatas satu hati menghadapi segala ujian dan dugaan hidup. adakalanya diri ini tidak tegar dan tidak mampu bersendiri kerana imanku yang masih lemah.
apa yang aku pegang? dan apa yang aku pertahankan? aku sendiri tidak tahu.
orang akan datang kepadaku bila mereka memerlukan sesuatu. bila mereka punya keinginan utk memdambakan sesuatu. dan kemudian pergi semula apabila kemahuan dan kenginan mereka tercapai. ini apa?
aku punya teman yang istimewa, punya kawan yg ramai, tapi aku tidak pernah melihat diri ku ini sebagai satu elemen yg sentiasa diperlukan. mujurlah, aku punya Pencipta yang sentiasa mendengar luahan hatiku. dan jika ini adalah yang dimahukan olehNya yang maha kuasa, aku redha dan sedia menghadapi ujian ini. kalu kamu yang membaca mungkin tidak faham apa yang cuba ku katakan, kerana kamu tidak cuba menghayati penulisan ku ini. syukurlah aku masih ad keluarga yang perlu aku jaga, dan selepas ini. aku tidak akan menghiraukan lagi segala benda yang aku miliki. dan syukurlah juga, kerana aku dpt melihat perangai manusia yang sebegini yang mengambil kesempatan dlm bnyk perkara. dan bukan sebenarnya seorang teman yang sejati..




Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment