My New Companion

17 August 2009

Yeah~ finally dapat jugak memiliki seekor sugar glider. dah lama berkenaan tapi disebab kan hal kewangan dan harga nya yang agak mahal. tu yang menjadi kelambatan untuk memiliki Sugar glider ni.
Aku cerita sket tentang bagaimana kami berempat + kawan aku 3org nak mendapatkan sugar glider nih. ceritanya bermula begini..
Ok aq jumpa penjual glider ni kat mudah.my yang dikenali sebagai "bob glider" nama penuh aq tak taw ler. tak kisah sebab bukan nak beli brother tu.
sebelum ni kawan aq pernah beli seekor glider dari die. sebab aq yg tunjuk kat mudah tu. tiba² die trus nak beli katanya dah berminat lama. ceh~ potong jalan aq jek mamat nih. die terus telefon Bob glider tu dan terus deal bila nak amek. aq pn ape lagi rasa tercabar la gak. hehe. sebab glider ni memang dah lama aq minat kerana kecutean die. sebab sebelum ni member aq ad pernah bela sekor dan aq pernah pegang(dalam beberapa tahun lepas).

Straight ke cerita aq..

Ok disebabkan dah tak tahan sgt kerana nak sgt memiliki sugar glider nih, aq dengan tidak semena² terus telefon abg bob tersebut dan terus deal bila nak ambik. wah~ ini sifat bahaya ni tak berfikir dulu masak². tapi takpe. so deal punya deal, kami dah tetapkan nak jumpa ari sabtu. di depan ancorp mall<-maaf kalau slh eje. payah bebeno nak eja. pergilah kami berempat, aq dan 3 kawan aq yang lain menaiki kereta aq yang mengalami kerosakan waterpump bocor + temperature naik. kami bertolak dalam pukul 1 tghari, baru sahaja keluar dari tol nilai, kereta dah tersidai di tepi jalan disebabkan temperature yang terlalu tinggi hingga menjejak bar merah. (takkan nak lanyak jugak) mau blown engine dibuatnya.Jadi berhentilah kami di bibir jalan smbil memberi minum kepada en wira coklat saya. mungkin dia haus sebab tu temperature die naik. kami teruskan juga perjalanan walaupun tahu yang en wira takkan boleh pergi jaoh disebabkan keadaan temperature yang terlalu terok. Jalan punya jalan, berhenti punya berhenti memang bnyk kali berhenti semata² untuk satu tujuan iaitu mengambil "anak angkat baru" hehe. sampai tol sungai besi dah pukul 3 lebih janji pukul 3. konpem tak sempat. nak tanak kene telefon abg bob utk cakap yang en wira rosak. mcm² cara yang kami buat utk bagi en wira ni tak naik temperature. air paip pun kami bg minum bnyk2 tp tak jalan juga. agaknya nak 100 plus kot. fuh~ memang penat nak smpi petaling jaya. lepak wo. tapi penat aku hilang bila dapt tgk kehadiran abgbob bersama glider nya. bukan tgk abg bob penat ilang tp tgk glider ler. tgk abg bob buat ape. sungguh comel tp kecik skit dari member aku punya yang aq ambil sebelum ni. lepas deal semua kami pun bertolak pulang. ha~ ini yang sakit. kerana enwira dikhuatiri semakin teruk. dalam keadaan trafik jam pekerja2 pulan dari tempat kerja. takkan nak bawak en wira ni. nanti berasap tgh jalan kan dah susah. jadi untuk tidak memburukkan keadaan aku berhenti dari pukul 5 smpi kol 8 lebih baru kami bertolak sebab time tu time jam kat KL. perjalan pulang sama seperti pergi, berhenti dan terus berhenti. abis semua bibir jalan aq cium. kali ini dah penat kuasa dua. kami smpi di kolej pukul 10mlm. balik² terus lepak tp si kecik ni bising rupanya nak makan.haha. aq keluar lagi kejap beli apple kasi dia. Nick name: LINI (disahkan oleh dewan rakyat)
DOA : 08/08/2009 (tarikh lahir tak tahu, yang ni tarikh aq ambik dia)
Picture : Tak sempat nak tangkap masa ambik, pasal en wira lagi penting
Picture terkini: tunggu aq beli fon camera :D
Spesis: bukan hamster, bukan tupai dan bukan tikus, anak sedara marsupilami, dan jugak sepupu2 pada kanggaro dan lain²

p/s: semua org suka tgk die setakat nih. takde yang rasa die ni huduh. mak aq suka, ayah aq suka, adik2 aq pun suka. dan my dear pun suka. hehe mula² jek die x suke pasal aq x gtao die. sorry la dear nnt kalu bgtao awal² x sampai i kat PJ.haha :P
so kalu korang rasa nak bela, better buat kajian dulu mcm mana cara nak jaga.
boleh rujuk thread ni Sugar Glider V13 lowyat forum yang ni pun ok http://www.suzsugargliders.com/

jgn ingt senang nak bela mcm bela hamster,hehe bila dah ready boleh call aq kalu rasa nak memiliki si kecik nih.

kairole - 0172418014 /ym: darkkecik harga : RM2++
ops lagi satu: die ni memang cute, memng comel, dan perlukan bnyk perhatian dari tuan die, jadi aq nasihatkan balance sket. glider² jugak."buah hati" jgn diabaikan pulak.hehe
krg merajok sapa nak pujuk. takkan nak hantar glider g pujuk.





Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment