Si kecil yang comel

05 August 2009

jangan tanya tikus jenis apa yang berada dalam gambar kat sebelah ni, sebab itu bukan tikus apatah lagi hamster.
sifat bijaknya menjadikan ramai yang tertarik dan dari perangai manjanya.
saya memang suka kan haiwan, seperti ikan, kucing dan yang sekarang nih, adalah sugar glider. agak2 pernah dengar? mesti ad yang pernah dgr dan mesti ad yang tak pernah dengar. Pet kecil ini semakin popular dikalangan pencinta2 haiwan diluar sana dan ia dijual dalam lingkungan harga RM 300-400 Seekor. Wow! mcm boleh beli ladang hamster pulak kan?

Sugar glider atau binatang seperti hamster ini berasal dari australia dan memerlukan suhu antara 60-70 darjah celcius. dan mereka juga sentiasa memerlukan suhu yang sebegini untuk kekal aktif. Sugar glider ini lebih aktif pada waktu malam dan merupakan haiwan yang jinak dan mudah rapat dengan tuan nya.
Kenapa pulak sy buat post pasal sugar glider ni? hehe, sebabnya sy jugak akan memiliki seekor seperti ini tak lama lagi. Dah lama dah berkenan dengan binatang comel nih, tapi cuma fulus yang tak mengizinkan utk memiliki haiwan tersebut sebabnya sebelum ini harganya lebih dari RM4++.00. Sebelum sy memiliki haiwan ini, sy kene la jugak pastikan yang saya mempunyai cukup masa untuk menjaganya. adakalanya, kita tergelak dengan telatah haiwan2 peliharaan ini, bagi saya, ia membuatkan sy happy walapn bukan mudah untuk menjaga haiwan rare seperti ini. Saya nasihatkan kepada yang ingin dan yang akan memiliki haiwan kecil ini agar membaca terlebih dahulu forum2 dan jugak web2 berkaitan untuk memahami haiwan kecil ini.

Bukannya apa, jika anda betul2 tak cukup masa, tak perlulah anda memilikinya kerana haiwan ini memerlukan penjagaan rapi dan jugak "bonding" diantara pemiliknya. sugar glider ini bukan seperti hamster dan jugak cara menjaganya adalah lain dari haiwan2 kecil yang anda tahu sebelum ini, kalu sebelum ini anda pernah membela seekor hamster dan hanya memberi makan, ia tidak bagi sugar glider. sugar glider memerlukan permainan, teman dan jugak tuan yang boleh menjaganya dengan baik. kerana ia adalah haiwan yang aktif dan sosial. nasib baik la haiwan ni tak lepak kat zouk. (merapu kejap).
Huhu, one more things, my dear mesti tak suka menatang nih. sebab she`s not that type have time for this litte things. its ok for me, because i really like it. sorry la dear, jgn bebel ha i beli anak angkat! nk bt teman kat rumah, takut duk sorang2 nanti kene rape ! haha

Uish penat bebel.dan pukul 4 pagi suda. banyak benda nak disettlekan lagi. korang yang baca nih, doakanlah sy supaya habis belajar dengan selamat, dan cepat dan cemerlang. takut jugak semakin hari semakin susah subjek2. dan yang paling penting ini adalah sem terakhir selama 3 tahun lebih aq disini. dan sy suka pegang ayat kat bawah ni.

Bila kau memandang segalanya,
Dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan Allah sengaja Mentakdirkan segalanya,
untuk sesuatu yang sia- sia,
Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
rentaknya hatimu tetapi itulah
yang Dia mahukan kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah akrab
dan dekat denganNya....

Renungkan2 lah, bagaimana kesusahan pun yang kita hadapi, bagaiman bnyk dosa pn yang kita buat, percayalah atas ketentuan ilahi, kerana ad hikmahnya disebalik setiap kejadian.
dan ia bukanlah sesuatu yang sia-sia yang perlu kita sesali tanpa berbuat apa2 tindakan..

wasalam..



Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment