tamatnya pengajian ku di legenda

16 November 2009

Alhamdulillah, report siap tepat pada waktunya hari ni. walaupun dengan keadaan kewangan yang tak berapa cukup dapat juga capai target nak hantar hari ini. Lega kepala hotak ni sket memangdangkan takde ap lagi dah yang perlu aq hantar. berakhirnya legenda ku disini hehe lepas ni legenda lain pulak.

Sekarang masa untuk berpacking dan insyallah esok aq akan bertolak pulang balik ke kampung dengan hati yang keliru. Ponat drive 2 3 jam ni mengantok lagi satu hal kalu takde member sebab biasa memang balik sorang- sorang. doakan aq selamat sampai ke kampung halaman ye. dan untuk kawan kawan yang nak pulang ke kampung tu juga semoga anda selamat sampai ke destinasi. Blog will be update soon.

Sekian Terima Kasih Kerana Menjadi Pembaca di blog ini..


Kesakitan yang melampau

13 November 2009

Adalah dimaklumkan bahawa tajuk ini tiada berkaitan dengan aq sebenarnya.. =)
sebaliknya ini adalah berkaitan dengan si dia yang sedang dilanda sakit yang amat. Lepas aje exam aq yang terakhir, memang kene datang kolej balik la jawabnya redo exam disebabkan kesengalan aq sendiri yang baca soalan lain. haih~ Takpe lagipun memang nak datang balik kerana ingin menuntut hutang di kolej tempat aq belajar ni. Kolej ni berhutang dengan aq sebanyak RM2360.00 kerana terlebih bayaran semasa proses menyetelkan hutang -hutang aq dengan kolej ni. Caranya mudah aje, individu terbabit akan suruh kita mohon semua pinjaman yang ada pada mula mula kita masuk PTPTN mohon MARA mohon selagi boleh sebab nak lepaskan periuk nasi diorang la kan. lepas tu dah dapat smpi terlebih bayar ni jgn harap la nak dapat secepat yang mungkin. makan bertahun nak tuntut hutang kita ni. disebabkan management yang begitu suck! yang amat sekali. Aq menyesal dan kesal dengan pentadbiran kolej ni. entah bila la bankrup agaknya. Ya! aq bukan bercakap sebab aq belum masuk atau apa. aq dah 3 tahun lebih disini dan aq taw selok belok taktik taktok ef ef disini. Kalu sape sape ef tak puas hati baca bende ni, tertutamanya ef ef baru yang acah acah bersemangat. korang jgn ingt korang tu bagus sgt la. Setakat baru masuk sini nak acah acah poyo plak. pegi mampus la keje ef tu. kadang kadang memang serius shit aq menyampah tgk ef -ef kat sini. seolah olah ko tahu semuanya ?

G mati sama itu cite ef. dah melencong plak aq dari cite sebenar... nak dijadikan ceritanya aq bawak si dia ni ke hospital "kerajaan" (bold sket) pagi tu. disebabkan si dia dah memang tak tahan dengan perotnya yang sakit bagai nak pecah katanya. sampai sahaja disana kami blur2 la nak pegi kemana sebab jarang sgt pergi ke hospital. =) nasib baik ad kaunter pertanyaan. jadi makcik terbabit menyuruh kami pergi ke klinik berhampiran dahulu.
Ok! ikutkan aje sebab tak berapa nak tahu pasal bende ni. tunggu punya tunggu kat klinik tu sampai ke kaunter pendaftaran, kaunter tu masih belum bukak. tapi orang nya ad depan kaunter terbabit. katanya pukul 5 baru bukak. jam sekarang menunjukkan 4.50 sedangkan ramai yang beratur menunggu giliran. Pukul 5.05 datang seorang lelaki india yang menguruskan kaunter tersebut meneruskan kerjanya. tapi punya la kerek lak ai~ ada ke baru masuk kerja boleh sound sound orang? "pegi tunggu nama nanti akan di panggil" "tak faham ke? pegi tunggu nnt nama akan dipanggil" uish kesian makcik tu kene sound dah ler tgh sakit..zzz .doktor tu just check2 biasa je then bagi ubat. simple as dat~

Malam tu, si dia sakit lagi. aq terpaksa menelefon kawan kawan perempuanya utk naik ke blok si dia tuk tgk keadaan beliau. takkanlah aq nak naik atas block perempuan lak? aq bawak plak si dia pegi ke klinik yang ad xray tuk tgk keadaan sebenar perotnya. tapi masih tak xray2 disebabkan da mlm agaknya.

3 kali ke hospital. tapi semuanya bagi ubat yang sama. jadi aq pn tak tahu nak bt ape lagi dan mengambil keputusan untuk hantar die ke rumah familnya di subang. sebab ad juga orang yang boleh jaga kan beliau. jadi doakan lah agar nuraina mardiah ini cepat sembuh hendaknya.

untuk kamu : "i tak pernah rasa terbeban diatas ap yang i lakukan utk u, jadi bersabar lah ye kerana sakit tu ujian dari Allah. jika kita redha maka baiklah ganjarannya, sakit gembira suka senang semua datang dari Allah, tanpanya kita takkan sedar dan ingt sebenarnya kita semua manusia yang bukan sempurna.hope u akan cepat sembuh dear"

sekian..
P/s:nak berpacking2 untuk mengangkut barang barang kat dalam rumah ni sebab da abes belajar. gudbye legenda. aq dtg pn nanti sebab nak menghabiskn urusan tegendala je. tak ingin aq tgk management kat sini lagi. for my lecture tq a lot for the knowledge that u give to me. =) and for my friends. aq mintak maaf lah sebb kadang-kdg aq ni memang suke marah. yang mana tersinggung harap diampunkan ye.


Ponatnya hari ini

09 November 2009

Penat sungguh hari ni
Kepala pUn seDang Sakit JaDi Entri kalI ini AmatLAh penDek
BeSh HarI iNi PekEnA air PanaS pedAs TeRmeRah kaKi diBuatnya berEndam dalam kolam air panas. Erm, aq taknak bercerita dengan lebih panjang pasal perjalanan tadi Sebab si Dia telah terlebih awal MengepOst entri tentang ini.Boleh Baca kat Sini



Hari Ini 9hb 8.00am adalah exam terakhir untuk study aq kat kolej ni. Semoga dipermudahkan Segalanya. Sewaktu entri ni ditulis, aq masih lagi belum memulakan proses penghafalan untuk exam pagi esok disebabkan kepala otak yang sgt sakit.

ini masa makan kat cendol pak leman dawi tadi bersama si dia =)
(sory la aq mmg bukan photgenic punye orang, depan camera mesti kuar muke sengal )

ehhe itu je entri kali ni, aq nak memulakan proses penghafalan secara maksima ni
wassalam...




Menambah tarikan dalam gambar

08 November 2009

Cara menambahkan tarikan dalam gambar korang.
Ok pengalaman sy dalam bidang photographer sejak dari umur 15 tahun (form 3) dah ikut ayah pergi ambik gambar kawin, sampai la pada umur 18 tahun sy dah mula pegang camera dan take shoot untuk wedding-wedding dan juga majlis majlis perkahwinan. Maybe ramai kawan-kawan yang tak tahu aq ni seorang photographer, tak ler profesional sangat. sekadar belajar dari pengalaman dan ilmu dari my father je. Perbezaan demand atau permintaan untuk gambar-gambar majlis perkahwinan ni amatlah cepat. dalam jangka masa pendek sudah ad peningkatan dalam cara pengeditan dan cara penyampaian setiap photographer seperti candid picture dan formal picture. Kalu masa umur sy 15tahun, masa tu customer tak banyak demand, nak background belakang ad menara effiel tower la, klcc la, hehe macam-macam lagi, tapi sekarang perubahan dalam bidang photographi amatlah cepat, yang nak background atas awan pun ad? . belum lagi kot.

Daripada pendapat sy sendiri la, gambar yang natural dan cantik adalah gambar yang ditangkap dan tidak dieedit dengan ketara.maksudnya : kalau korang tangkap gambar cuba cari view yang agak pelik skit untuk menampak kan kelainan pada gambar. jangan takut nak menekan button snap kat camera tu, tak kene duit pun kalu sekali tekan. tekan la sampai lebam dan kemudian letak dalam komputer compare kan yang mana terbaik

Contoh gambar natural. kalu tengok gambar ni kita dah tahu belakang tu die edit sket blur. tapi cantik kan?

Keduanya : Teknik menggunakan adobe photoshop, mengikut dari pemerhatian sy ramai yang tahu guna teknik photoshop tapi kekemasan pada gambar amatlah kurang. kekemasan ni maksudnya teknik layer, atau segala yang berkaitan hendaklah dibuat secara detail. kan kanta pembesar ad kasi zoom la sampai nampak lubang hidung tu. Bila kita buat sesuatu dengan detail, hasilnya . memang cun
Ini pula sy ambik contoh dari web www.ruzaimy.com menggunakan teknik layer dan lain-lain yang ni memang dah pro. saya cuma nak ambik contoh kekemasan kerja beliau je =)


Ketiga adalah kualiti kamera.hehe bab ni susah sket nak diterangkan sebab bukan semua yang mampu nak beli DSLR camera ke dan lain-lain camera yang berkaitan yang mencecah beriban riban. saya sendiri pun belum ad camera sendiri. guna ayah punya jek la kalau ambik wedding. hehe dan biasakan lah pegang camera tu hari -hari supaya korang tahu function -function yang dah disediakan didalam sesebuah camera tersebut.

Untuk yang betul betul minat dalam bidang photographer ni, belajar lah dengan gigih. sebab sy pun masih dalam proses pembelajaran dan menimba pengalaman. Ops! terlupa nak cakap. untuk yang rasa diri dah senior dalam photographer ni, kalau masa wedding tu ternampak yang baru-baru macam saya ni, cuba la senyum-senyum skit. Banyak wedding yang sy dah ambil, terutamanya bila saya ambik video dalam wedding tersebut.confirm2 la photographer orang lain. takkan sy nak tangkap dua-dua. kdg-kdg segelintir photographer ni buat muka kerek je? kita tegur dia buat donow je. ish2 orang kita jugak tu. mungkin dah terlampau senior. jadi kepada abg-abg photo tu kalu terjumpa orang-orang baru ringan ringakanlah mulut tu untuk beri sedikit senyuman supaya adik-adik ni tak gentar nak menyesuaikan diri dalam bidang photographer ni.

Alhamdulillah, ramai dah orang -orang kita dah berkecimpung dalam bidang ni. memang boleh buat duit yop! tak tipu punya. tapi yang penting "minat" dan sikap. Sebab lain orang lain ragamnya. bukan semua orang kita sapu sama. =) Perkara pertama cuba korang bayangkan korang pergi ke satu majlis yang memang korang tak kenal sorang pun dalam majlis tu, tapi tugas anda adalah menjadi conductor untuk memanggil dan memastikan perjalanan majlis tu berjalan dengan baik(ini tugas sampingan aje). Conductor tu bila time sesi photographer, bukan senang masa tu nak panggil tuan rumah, makcik, pakcik, paklong nak amek gambar. kene banyak bersabar =) hehe. yela tangan tengah penuh tak sempat nak posing.

Ok lah itu je untuk malam ni, ada masa saya akan buat sedikit tutorial tentang adobe photoshop atau software-software yang berkaitan. dan teknik video juga insyallah.
Kerjaya seorang photographer memerlukan modal yang besar pada mulanya kemudian tunggu duit masyuk jekla disamping kita meningkatkan kualiti perniagaan kita.

Sila-sila lah meninggalkan komen anda atau nak tanye apa-apa yang kurang faham. kalu boleh bantu saya bantu. =) terlupa nak cakap contoh-contoh yg diambil ni sekadar untuk pemahaman sahaja. Bt masa ni, sy sedang busy menyiapkan urusan urusan yang masih belum selesai ditempat belajar saya ni. jadi tak sempat nak buat research. hehe.

sekian..

Destinasi Seterusnya

07 November 2009

09 November 2009 - exam terakhir aq kat kolej legenda ni.
Utilization of Electrical Energy, Nama die macam gud2 aje. tapi subjek die agak boleh memecahkan otak apabila diperah dengan sepenuhnya. Sebenarnya untuk subject last ni, aq pun tak tahu nak menghafal apa. Lecture nya pun dah cabut dari kolej ni merangkap superbizor kepada group aq. Jadikene la tunggu jawapan-jawapan dari langit.
Lepas dari exam ni baru lah boleh merdeka dengan sepenuhnya disebabkan dah tamat pengajian aq kat kolej ni. lebih kurang 3tahun lebih sebab aq masuk awal(bukan sebab repeat ok?)

Erm. ini ada lagi satu bab yang masih belum settle samaada nak teruskan belajar atau terus kerja. Kalau diikutkan hati memang nak terus keje tapi macam nak belajar lagi, tapi bukan belajar tentang electric dan lain-lain, belajar tentang komputer dengan lebih mendalam.
Komputer adalah minat aq sejak kecik lagi , masa kecik memang la jahanam komputer kat rumah tu.sampai aq tahu setiap part dalam komputer tu.
aq rasa aq ad kelebihan dalam bidang ni. dan nak pelajari dengan lebih mendalam tentang komputer ni. Kelebihan kedua adalah dalam bidang grafik yang mana bila time mood tu datang, aq sendiri tak jangka yang aq boleh edit satu gambar tu dengan baik sekali. dari kecik memang minat melukis kalu tak caya tanye mak =) . tapi entah kenapa boleh tersangkut dalam bidang elektrik ni sejak dari form 3 sampai sekarang.
jadi sekarang ni aq 3 basic knowledge yang boleh aq kembangkan

first : komputer, it, software dan graphic
second: graphic, photographer and videographer
third: electrical & electronic enginerring

jadi dikesempatan ini, aq nak mintak pendapat la pada reader2 blog ni, samaada aq patut teruskan belajar atau terus bekerja. ?

Jika sambung belajar
1. bertambahnya hutang-hutang mara dan hutang -hutang lain.
2. minat untuk belajar dah kurang disebabkan rasa terbeban dengan takde duit
3. tak minat belajar kira-kira
4.mak beri pendapat takyah sambung
5. rasa macam menyusahkan parents sebab mintak duit poket.
6. tak minat teori (kolej penipu dulu kata ada practical, lepas tu hantar pegi kilang) ini semua omongan kosong belaka. teruk aq kene kencing tapi takpe dah abes dah pun =P
7.bertambahnya lagi kekusutan kepala untuk melihat rumus2 yang aq tak gemar
8. semua buruk? baiknya mana? haha. yang baiknya, gaji boleh upsket kalu keluar.

Jika terus kerja
1. Dah ad income untuk support diri sendiri dan tolong parents sambil saving utk kawin
2. perlukan praktikal sebelum boleh bekerja
3. tidak advance sangat dalam bidang electric ni. jadi macam biasa-biasa aje la.
4. Untuk long term, lambat rasanya nak naik gaji?(betul ke ni) aq pn x taw.

Entahlah apa lagi kelebihan dan keburukan kalu aq terus bekerja atau sambung belajar, sebab tak banyak kemahiran yang aq belajar kat sini, semua teori belaka.
pengalaman pun takdak. erm...




Berubah wajah lagi

06 November 2009

Putih...
Kenapa kertas semua warna putih masa sekolah2 dulu?
kenapa Kain kapan warna putih?
kenapa orang suka warna putih?
jawapan dia senang aje.
Putih itu suci =)


kali ni berubah lagi wajah blog aq ni. jadi putih pulak. hitam itu memang menawan, tapi adakalanya rasa tak seronok pula kalu tgk hitam hari-hari. cuba andaikan kalu hari hari korang pakai baju warna hitam. tak ke kusut tu. =)

baru je balik dari keluar dating dengan si dia. di city park seremban. rasanya orang seremban tahu tempat ni. tempat beriadah yang agak popular dengan air pancut dan ikan-ikan nya.
memang tenang kalu pergi ke tempat ni. dah lama dah aq tak pergi ke city park ni, kalu dulu memang selalu gak la joging2 bagi pet makan. yela makin hari makin sibuk mane la sempat nak meluangkan masa kat situ kan.
Padamulanya rasa macam malas pulak nak pergi situ, sebab hari pun dah petang. tapi dengan tidak semena2 aq patah balik. semacam ad tarikan =) sampai2 terus pergi ke jambatan gantung kat tgh tasik tu dan tengok ikan-ikan yang tak pernah kenyang melantak makanan2 yang diberi. aq pun pelik gak 24jam ternganga- nganga mulut ikan ni.

Destinasi seterusnya adalah seremban jusco. Sebenarnya kami ni kalau jalan memang takde tujuan yang tertentu. orang kata maen jalan memba** buta je. Bosan pulak tgk jusco macam takde apa function je, jadi kami just window2 shoping je la. Lepas tu makan McD.
Si dia suke la kalau mkn Mcd. tapi lepas makan ades kesian pulak tgk kene strike oleh gastrik. Kalu boleh nak angkat letak belakang, bawk naik kete. tapi seb baek tak sah lagi kehkeh. ini orang memang aq syg sgt.

Gastrik ni amatlah bahaya, sebab ayah pun ad gastrik juga. bila tgk die kene gastrik.fuh tonggang tonggek dibuatnya nak menahan sakit. Sebab tu lah aq risau bebenar kalu si dia ni kene gastrik. Nak risau kat ayah, mak kan ada ngeh ngeh =)





Final Presentation

05 November 2009

Alhamdulillah dapat juga aq menyiapkan final project yang makan masa bertahun nak siap. memang letih belajar ni, bila time malas tu datang..tapi bila time rajin tu rajin sangat la pulak.nak menulis blog pun tak sempat, takde idea nak tulis. ok update sket untuk gambar presentation hari tu.
Circuit yang telah siap dipasang dan diprogrammingkan menggunakan mplab.
Memamng boleh pecah otak kalu belajar programming ni sorang. disebabkan aq tak berapa nak reti. aq mintk tgl org untuk memprogram kan bende ni. Mintk tolong orang tapi kene la belaja juga bende2 ni sket.
Masa final present lah terkantoinye bende ni. sebab aq x faham ad berapa part dlm language tersebut. part yang aq study die tak nak pulak tanye. part yg tak study tu la yg die tanye.
ades~ termenung kejap





Ok ini lah model yang telah sempurna seap. memang nampak simple. tapi ad la jugak pujian dari lectrure yang beri markah masa presentation tu. mungkin kerana melibatkan programming yang boleh membahayakan kesihatan.



Abes je present aq terus balik dan mematikan diri seketika. dek tamparan masa present tersebut membuatkan aq pk sejenak. kenapa aq tak cuba untuk fahamkan bende ni dengan sepenuhnya. Sekarang ni tengah menyiapkan report bagi projek Ultrasonic Range finder ni.
dan juga ad 1 lagi asemen dan 1 exam yang akan menjelang. lepas tu baru lah boleh terjun tingkat 5 sebab dah abis belajar. Penat sungguh belajar kalu bukan yang kita minat ni. sebab ia memerlukan banyak usaha dan paksaan. huhu~
So kalu sesiapa yang ad kerja kosong. boleh la tawarkan kat aq. hehe sempat ag.