Apa nak buat selepas graduate?

21 December 2009

Memang tak dinafikan berapa ramai penganggur yang tidak mendapat kerja di luar sana.Ini berlaku pada diri sy sendiri. Walaupun sy baru abis pengajian di salah satu kolej swasta, ia menjadi satu igauan pada diri aq sendiri. Mana Nak kerja? mana nak cari duit? Macam mana nak bayar hutang Pelajaran ? soalan soalan ini akan terus bermain di fikiran kita selagi kita tidak mempunyai pendapatan yang tetap yang boleh dijadikan satu sumber untuk kita menyelesaikan semua hutang piutang dan juga keperluan diri.

Pada pembacaan -pembacaan sy yang sebelum ini, kebanyakan individu yang berjaya dan yang mempunya top generate income, adalah individu yang mempunya produk mereka sendiri.
Kalu kita lihat di blog irfan khairi. jutawan syber, beliau ada menyatakan kita perlu ada jenama untuk mecipta sesuatu dalam hidup kita. Jenama adalah produk kita sendiri. Yang dimana contohnya, jika kita mempunyai sebuah syarikat, atas nama kita sendiri khairul coperation, itu adalah yang dinamakan produk kita sendiri.

Semasa berlakunya tragedi bdy5130 yang sy post sebelum ini, sy telah bertemu dengan seorang yang hanya bekerja sendiri di kampung. tetapi mampu menjana 3-4k sebulan. Beliau mengatakan sepanjang pelajaran beliau di kolej dahulu, beliau memang tidak minat mengira, dan terpaksa mengambil reset exam sebanyak di setiap sem. Hal ini juga berlaku pada diri saya sendiri dan saya akui. adakalanya sy terpaksa mengambil sehingga 5 subjek untuk reset exam. Yang peliknya semua reset exam sy lulus. Ini bukan bermakna sy tak pandai, cuma minat untuk belajar dengan lebih mendalam itu kurang dan tidak bersesuaian dengan apa yang sy minati.
sehingalah saya abis belajar pada masa sekarang ini.

Untuk berjaya, berduit, hendaklah mempunyai pemikiran yang luas. jgn kita letakkan diri kita seperti cawan yang apabila diletakkan garam akan masin semuanya didalam cawan tersebut. Letakkan diri kita seperti laut, apabila dicampak garam ia masih tidak masin. Post ini juga ditujukan utk sy memotivasikan diri sy sendiri agar mendapat sesuatu yang boleh sy jadikan sumber dan produk sy sendiri kelak.Keinginan utk berjaya adlah sesuatu yang perlu dalam setiap individu supaya ia boleh merangsangkan otak kita utk terus melakukan sesuatu sehingga kita bertermu dengan apa yang ingin kita kecapi kelak.

Apa yang penting adalah bagaimana cara kita berfikir dan cara kita berusaha untuk kita menuju apa yang kita inginkan itu. Kita hendaklah percaya setiap bidang yang kita ceburi memungkin kita untuk menjadi seseorang yang bergelar jutawan kelak jika ada minat yang mendalam dalam bidang tersebut. Cubalah anda catit kelebihan dan kekurangan diri anda pada sekeping kertas dan anda lihat kelebihan yang mana anda paling minati. Kemudian letakkan jangka masa berapa lama anda boleh mencapai apa yang anda inginkan itu. Kejayaan itu takkan datang dengan mudah. dan pengalaman itu lah yang mengajar kita cara untuk kita bertemu dengan kejayaan.
Kenapa orang lain boleh berjaya dan kita tidak? Kenapa orang lain boleh pakai kereta yang harganya beratus -ratus ribu dan kita tidak? percayalah takda manusia yang bodoh atau pandai kecuali hanya yang rajin dan malas. Sy jadikan contoh seorang dari kawan yang saya kenal, sewaktu dibangku sekolah beliau amatlah malas dan pelajarannya amatlah tidak memuaskan.
Tapi sampai dikolej, beliau rajin beruasaha, dan CGPA terakhir nya adalah 4 flat.

renungkanlah...

untuk diriku sendiri dan tatapan pembaca lain..





Related Posts by Categories



1 comments:

kairole said...

ops lupe. kalu ad keje kosong tu gtao la yek. ;D

Post a Comment