Cinta atau harta?

16 December 2009

Assalamualaikum..

wow letih membaca blog orang lain. bulan disember yang aq perasan la semuanya berkenaan tentang cinta cinta cinta? korang dah takde keje lain ke sik tulis pasal cinta. taw la ramai yang berkahwin bulan 12 ni. aq juga tak kurang postnye dengan cerita pasal cinta.
Esok insyallah aq pulang ke kampung semula. macam nilah hidup sebelum bekerja, kejap balik kolej, pastu balik kampung balik, pastu datang balik. Dah macam kolej ni sebelah rumah aq.
Bila dah tak study sayang pulak aq nak tinggalkan kolej ni, bukan syg ape, syg pd internet nye yang mula dah laju dan rumah yg aq duduk sekarang aq conquer sorang-sorang. Peh beshnya aman duduk sorang diri ni. tak kacau sesiapa.

Sekarang
ni status aq masih menganggur menunggu result yang lembap giler nak keluar. Penantian yang amat menyiksakan, "menunggu" perkara yang aq paling tak suka, tapi adakalanya kene terima mengikut situasi. Jadi di kesempatan tu aq memenuhkan masa aq menyambung pengajian forex aq yang telah lama aq tinggalkan. 3 tahun memorex tapi hasilnya masih tak nampak, kalu tanya kat trader mana mana pun, diorang tak kesah diorang rugi ke apa, keseronakan bila dapat menambah pip pip tu yang menjadi satu agenda untuk aq teruskn perjalan forex ku ini.

OK tutup cerita pasal tu,

Sebenarnya yang menulis ini lebih pada perasaan, samaada kita nak meluahkan sesuatu atau kita cuba mencaritkan satu memori yang boleh kita kenang dan ingat. Aq ? aq menulis sebab ingin meluahkan sesuatu yang aq rasa perlu untuk diri aq sendiri ataupun menjadi ikhtibar pada org lain. Sebab? kalau dulu angan-angan mat jenin, ms tu takde komputer, tulis pun tak pandai, tapi sekarang cuba angan-angan anda tu anda tulis, dari A tentu akan berkembang ke B dan seterusnya. Jangan risau kalau angan kita tak tercapai sebab kita mempunyai banyak peluang untuk terus maju. Kita bukan apa apa selagi kita tak lakukan apa-apa. Kalu ikut trend untuk bulan ni, semuanya cerita pasal cinta. jadi letaklah angan-angan anda untuk tahun seterusnya kemana hala tuju perhubungan anda. Pengakhiran nya adalah perkahwinan yang menyatukan dua hati yang saling memerlukan.

Kalau di facebook saya, ada saya katakan yang kita tak perlu takut dan lokek apabila kita didalam sesuatu perhubungan, Jangan lokek untuk memberi kasih sayang, jangan lokek dan takut untuk menyayangi kerana semua orang perlukan kasih sayang. Pandai pandai la jaga harga dan maruah diri supaya ianya tak jatuh sebelum berdirinya rumahtangga.

Kenapa sy tak pernah jemu dan bosan menyatakan rasa kasih dan syg sy pada si dia ?
adakalnya memang si dia bosan, jemu dan letih mendengar kata kata dari saya. Bagi sy, ap yang ditemukan dan walaupun si dia masih belum sah sebagai seorang isteri, sy perlu belajar menyayangi nya. ada orang cakap. waktu bercinta beria ria, tapi bila dah kawin nth kemana semuanya.rasanya bukan semua yang jenis macam ni. Prinsip sy senang je, sekarang ni si dia masih lagi bersama sy walaupun diakui kdg2 bergaduh, tapi sy tak pernah serik utk meluahkn rasa kasih dan syg itu dengan cara sy sendiri.

Sy ambik petikan dari sebuah blog :

"Nowadays, the diamond in Habib Jewels is significant rather than cintajiwangkarat. Believe me, its facts. Go and ask them."

Emas pertama lebih berharga dari cintajiwangkarat?
Setuju ke?

Kalau bagi lelaki mungkin anda bersependapat dengan sy, tapi bg perempuan rasanya anda setuju dengan pendapat ini. Senang je, dari cintajiwangkarat lah dtg nya satu kejayaan yang membawa kepada habib jewels dan emas2 yang lain.

Ok untuk kaum hawa yang menyokong pendapat ini :

Cuba kamu fikir balik, dan cuba kamu tanya lelaki lelaki yang sudah jadi jutawan sekarang ni. mereka buat kaya sebab nak bagi kamu habib jewels ke? sebab nak bg kamu harta bende yang kamu nak? ouch! tlg la..tak puan2. mereka kaya sebab mereka ad usaha mereka sendiri, mereka ad produk mereka sendiri, produk untuk majukan diri mereka, untuk kesenangan mereka sendiri kelak. Ingat satu bende, harta bende dan kekayaan tak kan membawa apa2 warisan kepada anak cucu kita. melainkan ajaran agama dan keturunan yang baik. Sedangkan nabi menyuruh kita berserdehana dalam semua hal. Kesusahan diwaktu sekarang bukn lah selamanya...

Kesimpulannya, nk berjaya, nk kaya, datang dari usaha kita sendiri. takde jalan pintas untuk tuk dptkannya. dan tiada kesenangan yang selamanya senang. seblum kita menerima kesusahan.

apa aq nak cakap kat sini, kalau korang nak kawin, atau nak cari pasangan hidup,
carilah yang kenal erti berasa susah, yang sanggup melaluinya bersama kamu,
sebab walapn masa skrg kamu kaya, berharta, berduit,
sekali Allah tarik balik, jgn lah masa tu baru kamu sedar.
yang kamu juga setaraf seperti insan lain.
bersyukurlah dengan apa yang ada. kelak akan ad ganjarannya..

sekian...

Related Posts by Categories



1 comments:

Anonymous said...

Kalau kita perasan, nabi dah sebut berkenaan cara memilih pasangan. Yang nabi sebut pilihlah perempuan itu daripada 4 perkara, kecantikan, keturunan, harta dan agama.Maka nabi berwasiat pilihlah yang beragama nescaya yg lain tu akan mengikut. Tgk..awal2 lagi nabi dah sebut, pokok pangkal agama la. Sebab agamalah yang memandu manusia. Yang penting penghayatan agama. Berapa ramai org yg punya pendidikan agama yng tinggi, tp penghayatan tak ada. Itu yang silap. So pilih yang ada agama. kalau kurg pengetahuan agama pon, tgjwb suami lah utk mendidik. Tp skng ni terbalik pulak. Suami pulak yg kurang agama.

Post a Comment