Format PC anda sendiri lebih jimat

29 December 2009

Tips yang berguna pada hari ini yang saya nak kongsikan pada anda adalah cara untuk format pc atau laptop anda jika terdapat sebarang kerosakan atau perkara yang menyakitkan hati semasa anda sedang menggunakan pc. Tak perlu ayat bunga-bunga lagi, mari kita terus ke prosedur-prosedur yang berkaitan. Disebabkan saya lihat ramai yang masih tidak tahu lagi bagaimana cara menformat pc, post ini dibuka bagi anda untuk mengetahui serba sedikit tentang cara format pc sambil boleh menjimatkan duit anda dari didermakan pada kedai-kedai komputer berhampiran.

Tools yang anda perlu ada :

1. Window operating system CD/DVD (os ikut suka, sy prefer xp)
-tools seperti ini anda boleh cari di kedai kedai cd yang ada jual game pc. biasanya cd ini akan
ada sekali. kalu tak, sila buka mulut anda dan tanya apek kedai tu. ad tak cd window xp
2. External hard disk
-external hard disk ini perlu bagi anda backup data-data yang ingin anda simpan. proses
format ini akan menghilangkan segala data data yang ada dalam partion yang anda pililh
dinasihatkan sebelum proses ini dimulakan sila transfer data-data yang berkaitan dahulu.
kerana proses format tidak melibatkan anda masuk di window.


Cara cara nya adalah :
1. Sila matikan pc anda dahulu, tapi tak perlu la cabut plug dan matikan suis utama. tapi
sebelum tu, sila masukkan dahulu cd yang anda beli di kedai tadi kedalam slot cd pc tersebut.

2.Kemudian, on pc anda semula dan tunggu sehingga screen kedua. akan ada keluar perkataan
sebegini jika cd anda tadi dapat diditect oleh pc. "Press any key to boot from cd/dvd..."

3.Kemudian anda akan dibawa ke screen biru. window operating system anda sebelum ini akan
detect bahawa ada window yang telah diinstall sebelum ini. jadi sila pilih untuk teruskan.

4.Apabila sampai di langkah 4, anda diberi pilihan untuk memilih partion yang anda nak letakkan
window yang baru tersebut. Jadi supaya komputer tak pening. window lama tu kene diformat.

5.Partion ini adalah hard disk yg tulis c,d atau e tu. Ok! sila ingat balik dimana window di install

sebelum ini. biasanya di C kemudian pilih untuk format C, quick format / format.

sebenarnya dua -dua ni sama sahaja jadi untuk cepatkan proses sila pilih quick format.

6.kemudian proses ini akan dilakukan secara automatik oleh komputer. anda hanya perlu baca
arahan yang ditunjukkan. ia nya tak susah seperti yang disangka kan?

So kalau rasa keliru, ragu ragu dan tak tahu, jgn malu untuk meninggalkan komen anda di bawah ini. insyallah saya akan bantu. Proses format ni tak susah, kalu kat kedai dah kene charge sampai RM60 untuk satu pc sedangkan harga sekeping cd tak sampai pun RM10. itu pun boleh guna banyak kali.

Nantikan tips seterusnya :
Bagaimana Mengetahui jika pc anda sudah dihuni oleh makhluk asing iaitu VIRUS.


Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment