Bercerita tentangnya..

03 March 2010

Salam Pembuka bicara.

Tengok blog orang lain, jalan sana sini terasa cemburu di hati kerana masih tak berpeluang menikmati pemandangan alam semesta. Contohnya di "Bukit Cerakah" sungguh seronok orang itu bergambar dan bermesra bersama teman teman nya. dan tahniah juga kepada cik aina kerana telah memulakan alam pekerjaan pada isnin yang lalu. walaupun kami sudah tiada apa apa hubungan melainkan hanya berkawan, dan mungkin disebalik ini semua ad hikmahnya yang kita tak tahu yang mana ilmu Allah itu adalah teramat luas dan Allah mengetahui segalanya. Sakit beb, mula -mula rasanya di hati apabila orang yg amat kite syg dan perhubungn yang agak lama selama lebih kurang 3 tahun berkecai begitu sahaja.tapi apa nak buat, nasib badan..(bak kata P.Ramlee)

Ok kite ketepikan dahulu bab tacing tacing ni, nak tacing-tacing pun tak guna. kalu dia betul syg pd kita apa nak risau. insyallah ada la tu. kalau takde pun, Allah ada. Untuk pengetahuan sekarang aq telah memulakan pekerjaan di company yang dinamakan Telekom Malaysia atau nama pendeknya TM dalam bahagian CSR (Streamyx Project). taw x csr tu ape? bukan csi atau csl tetapi csr bermaksud customer service representative. ok stop! takleh cite lebih. nnt ad yg tak puas hati die call streamyx n marah2 lak. ehe gurau je. Tapi aq masih menjalani latihan untuk menjadi seorang csr berjaya. ahaks. berkobar la sgt.

Cite lain takde la..seriusly not much to say sebab bila nak start berbloging je hati bercampur baur..melihat gambar2 yang tak sedap dipandang dek mata.

Hanya Sebagai Renungan :

Sabda Rasullah S.A.W

" Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali sehari, Ketika izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang bergelak ketawa. Maka berkata izrail : Alangkah hairan aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya tetapi die masih berseronok seronok dengan bergelak ketawa"

Doa Dari Hadith Nabi

01 March 2010

Ya Allah Kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu,

Jadikanlah cinta-Mu, itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu, Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku menicntai apa yang Engkau cintai,.

Dan apa sahaja yang Engaku singkirkan daripada apa yang engkau cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engaku cintai, Ya Allah jadikanalah cinta-Mu, sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah jadikanlah aku mencintaiMu mencintai Malaikat Mu Rasul rasulMu dan hamba hamba Mu yang Soleh, Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu, dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang engkau cintai, Ya Allah jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cibtaku dan seluruh ushaku demi keredhaan mu