HTC Desire mampukah aku ?

08 November 2010



kebelakangan ini aq berasa begitu teruja dengan phone2 touch screen yang bersepah di pasaran. kerana pada waktu dan ketika ini aq masih menggunakan e63.Tapi aq masih belum dapat membezakan antara iphone dan htc di atas ini yang mana lebih semooth dan sensitif bila kita tekan. berbanding dengan nokia yang baru seperti n900. agak lag sedikit bila kita slide ke screen lain. ini adalah target untuk aq capai setakat ini. aq bukn nak bt review pasal ini handset, banyak review yang korang leh dpt dari youtube dan website berkaitan. ini adalah target aq hehe bole la acting dengan my father bila dah dapat bende ni. semoga berjaya menyipan duit khairul!


2010 pembukaan baru bagi post yang baru

22 October 2010

salam......

tulis blog untuk apa? sebenarnya itu ikut pada pandangan masing-masing. kalau and tulis blog sebab anda rasa tak puas hati, itu bergantung kepada hak dan keperluan masing-masing
bagi saya kalau tulis blog ini adalah untuk tiada apa-apa dan sekadar untuk berkongsi.

Kadang bila kita tulis kita sendiri tak perasaan terutamanya bila kita tulis tentang diri kita sendiri. adakalanya kita terbukak pekong di dada sendiri. ahaks! tak ditujukan kepada mana mana pihak. kalau anda terasa sila beredar dari blog saya. tapi secara terus terangnya saya gembira dengan hidup saya sekarang. sebab dulu masa saya bercintan di kolej, saya terlupa pula semuanya dan tak nampak dan tak reti nak menilai baik buruk. Ikut kata family mereka tidak suka pada beliau bila kali pertama melihat nya. tapi aq abaikan pada mulanya last2 saya sendiri makan racunnya.
tapi tu semua cerita lama. entah la sampai bila, tapi biarlah dia dengan hidupnya. tapi memang tak puas hati la maki dalam blog? mai sini depan senyap pula ?
lolx..plastik betul

ah biarkan itu semua, aq pn da takde kene mengena dengan kau. aq dtg umah family kau sebab
itu cara aq hormat orang tua. biarlah ko nak pk ap. tapi takpela, bagi mengelakkan ketidaksefahaman yang berterusan insyallah aq tak jadi tetamu yang tak diundang lagi lepas ni.
aq pn bnyk lagi keje lain dari nak pk masalah remeh camni.aq bukan siapa2 nak berkata begini tapi semoga Allah melembutkan hati mu suatu hari kelak amin.untuk update aq baru je update blog ni. kalau tgk post yang lepas tu dah berapa lama. tu sejak clash la. so aq jadi takde perasaan nak tulis blog lagi. blog pun tinggal terbengkalai.sekarang ni masih bekerja di vads sebagai seorang customer service di TM(tambah masalah) kata rosli.dah 6 bulan aq keje kat vads ni, memang stress work environment dia tapi nak buat cana takde duit kang tak dapat plak nak makan kfc pizza dan mekD! wahaha tu pasal tak cukup manjang

Alahamdulillah, tanpa aq sedari aq ditemukan dengan seorang wanita (boleh kata camni gak) yang baik dengan aq. setakat ini elok bahasanya, dan elok cara layanannya. tapi perangai yang tak elok satu je! kalau nak kuar, main beduk! je duit takde pun kuar juga haha
takpe jodoh pertemuan tu semua dah ditentukan.................. ;) wink!
18 oktober ritu baru je konvo dan semuanya berjalan dengan lancar jumpa member2 lama.

(sama tinggi je semuanya hahaha)


post ni macam rumusan untuk kehidupan yang aq jalani sekarang. sebagai pembuka lembaran baru untuk aq bukak semula blog ini kepada umum. baik buruk aq, itu bergantung pada mereka yang menilai, kalau perasaan benci tu wujud memang tiada kebaikan akan wujud. kalau anda nak kata saya tak baik! itu saya terima. sebab saya suka buat jahat + buat baik. saya tak suka selalu baik dan tak suka juga selalu jahat. kalau share bende personal tu tak usah la detail sangat, nanti buat malu sendiri je. kejap je ha type dah panjang! sok keje pagi tapi masih tak tidur lagi. keje 7 pagi. ok cu next post. kalau ad la reader aq. tak de pun aq baca sendiri.

salam.........................................................

Bercerita tentangnya..

03 March 2010

Salam Pembuka bicara.

Tengok blog orang lain, jalan sana sini terasa cemburu di hati kerana masih tak berpeluang menikmati pemandangan alam semesta. Contohnya di "Bukit Cerakah" sungguh seronok orang itu bergambar dan bermesra bersama teman teman nya. dan tahniah juga kepada cik aina kerana telah memulakan alam pekerjaan pada isnin yang lalu. walaupun kami sudah tiada apa apa hubungan melainkan hanya berkawan, dan mungkin disebalik ini semua ad hikmahnya yang kita tak tahu yang mana ilmu Allah itu adalah teramat luas dan Allah mengetahui segalanya. Sakit beb, mula -mula rasanya di hati apabila orang yg amat kite syg dan perhubungn yang agak lama selama lebih kurang 3 tahun berkecai begitu sahaja.tapi apa nak buat, nasib badan..(bak kata P.Ramlee)

Ok kite ketepikan dahulu bab tacing tacing ni, nak tacing-tacing pun tak guna. kalu dia betul syg pd kita apa nak risau. insyallah ada la tu. kalau takde pun, Allah ada. Untuk pengetahuan sekarang aq telah memulakan pekerjaan di company yang dinamakan Telekom Malaysia atau nama pendeknya TM dalam bahagian CSR (Streamyx Project). taw x csr tu ape? bukan csi atau csl tetapi csr bermaksud customer service representative. ok stop! takleh cite lebih. nnt ad yg tak puas hati die call streamyx n marah2 lak. ehe gurau je. Tapi aq masih menjalani latihan untuk menjadi seorang csr berjaya. ahaks. berkobar la sgt.

Cite lain takde la..seriusly not much to say sebab bila nak start berbloging je hati bercampur baur..melihat gambar2 yang tak sedap dipandang dek mata.

Hanya Sebagai Renungan :

Sabda Rasullah S.A.W

" Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali sehari, Ketika izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang bergelak ketawa. Maka berkata izrail : Alangkah hairan aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya tetapi die masih berseronok seronok dengan bergelak ketawa"

Doa Dari Hadith Nabi

01 March 2010

Ya Allah Kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu,

Jadikanlah cinta-Mu, itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu, Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku menicntai apa yang Engkau cintai,.

Dan apa sahaja yang Engaku singkirkan daripada apa yang engkau cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engaku cintai, Ya Allah jadikanalah cinta-Mu, sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah jadikanlah aku mencintaiMu mencintai Malaikat Mu Rasul rasulMu dan hamba hamba Mu yang Soleh, Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu, dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang engkau cintai, Ya Allah jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cibtaku dan seluruh ushaku demi keredhaan mu







Menambah Graduan Menganggur

08 February 2010

Tanam anggur tanam buah berry, tanam cerry. mcm mcm ditanam kat rumah. Ini lah die kes kes graduan yang masih tak dapat peluang kerja yang duduk terperap dirumah seperti saya.
Jobstreet, Jobmalaysia, spa, careerjet. semua dah apply tapi masih belum ad rezeki untuk dipanggil temuduga..
Persaingan pula adalah amat sengit seperti Pertarungan setiap tentera tentera yang ingin menuju mendapatkan sesuatu..
Aku sudah mula buntu memikirkan soal keje ini, buat masa ni hanyalah menjadi part time photographer dan video untuk wedding -wedding yang berlangsung..
Lulusan diploma sekarang bukan macam dulu, kalau dulu masa aku sekolah rendah. sapa sapa yang amek diploma orang kampung mesti kecoh. Macam sipolan tu dapat ape je. tapi sekarang diploma yang ada tak menjanjikan apa apa jika tiada pengalaman..

So ad sape2 nak offer keje? hehehe meh la comment2 disini...

entry sesat

24 January 2010

Disebabkan entry di blog sebelah tiada satu langsung diselitkan nama aq, tergerak hati nak menulis bende bende bosan ni walaupun malas. Ketika ini keadaan masih lagi dalam keadaan tak stabil dengan sakit sakit yang aq hadapi (sakit dirahsiakan) tetapi perkara utama yang aq lakukan setiap kali aq online adalah membaca setiap entry di blog sebelah itu. Itulah rutin harian yang aq lakukan rasanya aq lah orang pertama yg membacanya setiap kali beliau mengupdate blognya. Gembira ke sedih ke aq tetap menjadi peminat no 1 yg membaca blog beliau. tapi adaklnya terkilan di hati bila nama ini jrg sekali dimasukkan kedlm blog tersebut. Mungkin terlupa atau tak penting :)

aq taw blog ni mungkin hanya insan2 yang tersesat terlanjur membaca blog aq ni. dari hari ke sehari hidup ni semakin terasa sepi dan terasa tak berteman. Sebab tiada apa yang penting kt diri aq yg perlu orang cari...stop! aq paling benci melayan perasaan mcm ni. kerana terlalu bnyk kesusahan yg aq telah hadapi hanya utk mendptkn sedikit penghormataan dan kasih syg.
bukalah hati bukalah mata dan bersyukur dengan ap yg anda ada. Ya! aq bersyukur, sebab tu lah smpi skrg aq masih bersama si dia dengn penuh kesabaran dan kasih syg. samaada hatinya betul ad untuk aq. itu aq x tawla..






16 January 2010

Lately macam macam cerita yang dah aq baca, dengar dan lihat. aq rasa permulaan tahun baru kali ini adalah amat tidak menyeronokkan dengan macam macam isu seperti efairy blog, pergolakan sana sini, dan yang paling terbaru walaupun aq tidak ada kaitan pun terkait sekali dengan panggilan beruk. muka aq dilebelkan seperti muka berok? haha marah memang marah.
tapi nak buat macam mana mulut orang. sekurang-kurangnya aq punye akal untuk berfikir secara waras. elok atau tidak rupa seseorang tu takde manusia yang patut menilai kejadian Allah.

Ini semua bermula dari penulisan penulisan yang berteraskan emosi yang sakit. kemudian dieksperikan didalam blog facebook dan web web yang berkaitan. Seharusnya perkara perkara sebegini adaah amat penting disimpan dan tidak didedahkan di media-media elektronik kerana ia boleh menjejaskan ramai pihak. Terbaru yang sy tidak ingat secara terpirinci seorang blogger disaman dan diheret ke penjara dek penulisan beliau. Ini bermaksud blog adalah amat sensitif jika kita salah menggunakannya. Ia adalah lebih kepada info yang berkaitan dan blogspot ini bukanlah diary bagi anda sekiranya ia nya untuk ditatap oleh semua golongn pihak.
anda sendiri faham maksud diary kan? tak perlu lah sy jelaskan disini rasanya.

Selebihnya anda seharusnya menjaga hak hak masing-masing supaya tidak berlaku pergadohan, pemusuhan dan pertikaian antara dua pihak dan lebih. dengan keadaan malaysia terutamanya waktu sekarang ni. seharusnya kita tak perlu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.
Apa yang perlu kita lakukan adalah mendalami sebanyk mana ilmu yang ada.
kemudian barulah kita bersuara.Jangan takde ilmu tapi belagak pandai.

ok penat la bebel.. jumpe di entry lain

sekian..




Komisyen tebal giler affiliates no 1 dunia

12 January 2010

PELUANG MUDAH UNTUK BUAT DUIT

.TAK PERLU MODAL .BEKERJA 10 MINIT SEHARI .TAK PERLU JUAL BARANG .BUKAN JUALAN LANGSUNG .ANDA MAMPU MENDAPAT SEHINGGA RM 1000 SEHARI

APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA ANDA BERMINAT?

LANGKAH PERTAMA - DAFTAR AKAUN ANDA DENGAN KLIK PADA BUTANG "REGISTER" DI BAWAH.

LANGKAH KEDUA - ANDA PERLU MENDAFTAR AKAUN PAYPAL.COM UNTUK MEMBUKA AKAUN BANK ENTERNET ANDA KERANA SETIAP PEMBAYARAN AKAN DIBAYAR MELALUI AKAUN BERKENAAN KEMUADIAN BARULAH KITA TUNAIKAN KE AKAUN BANK KITA .(anda boleh mendaftar akaun paypal melalui butang paypal di bawah)

LANGKAH KETIGA - SETELAH SELESAI MENDAFTAR ANDA PERHATIKAN DI BAHAGIAN ATAS LAMAN WEB BERKENAAN KLIKKAN KEPADA ''MAKE MONEY ONLINE''

LANGKAH KEEMPAT- ANDA PERLU SEKALI LAGI MENDAFTAR UNTUK PROGRAM AFFILIATE.

LANGKAH KELIMA - ANDA PROMOSI KEPADA SESIAPA PUN SETIAP ORANG YANG MENDAFTAR PROGRAM INI ANDA AKAN MENDAPAT USD25

TUNJUK AKAN DIBERI SECARA PERCUMA DALAM BENTUK VIDEO SETELAH ANDA MENDAFTAR.







salam..
Kebanyakan pengguna yang sudah biasa dengan komputer sejak 10 tahun lepas semestinya familiar dengan window xp, window 95 atau window 98. MSDOS tidak dimasukkan dalam carta. heheh. Pada masa ini telah banyak operating system yang telah di lancarkan di pasaran dunia terutamanya malaysia seperti window vista, window linux dan yang paling baru adalah window

Kenapa saya kata window xp adalah pilihan terbaik?

ini adalah kerana kita bebas melakukan apa apa pengubahsuaian keatas theme, program dan juga lain lain yang menjadikan kita merasa bebas dalam mengubah segala setting mengikut citarasa kita sendiri. saya cuba menggunakan window vista beberapa kali tetapi agak menghampakan kerana ia lebih sesuai bagi komputer komputer yang canggih masa kini. apa yang saya tidak berminat dengan vista ini adalah system nya yang saya rasa agak sempit dan sukar untuk melakukan pengubahsuaian. Window xp pula lebih ringan dan mempunyai ciri ciri simple yang mudah untuk difahami. Kita boleh menukar themes, setting, dengan amat mudah berpandukan tutorial2 yang berada di internet.

untuk entry kali ini saya akan berkongsi themes yang sy minat dan mudah untuk di install ke dalam pc anda. Theme alienware adalah theme yang saya rasa terbaik yang amat mudah untuk diaplikasikan kedalam pc.



BOOM! ok download2....

DISINI

untuk entry seterusnya : Khas buat pengguna sony ericsson [cara format handphone anda]
seperti yang dilakukan di kedai :D


sekian.. jgn lupa tinggalkn komen ye.

Teknik Kajian Produk fizikal ebay : ebook percuma

11 January 2010



Salam bt reader untuk blog ini.

Seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya membuka satu thread baru untuk memberi peluang kepada rakan2 ebay sekalian untuk mendownload Ebook Panduan Teknik Kajian Produk Fizikal Ebay.

Apa yang kan anda pelajari selepas ini adalah merupakan salah satu elemen yang penting di dalam mencari produk untuk di jual di Ebay. Ebook panduan ini adalah secara "Basics" sahaja didalam melakukan "Research"

bagi mendapat produk untuk dijual di Ebay.

Secara ringkasnya saya menggunakan

1) Laman web Ebay.Com.my itu sendiri.

2) Web Base Research

3) Menggunakan Terapeak Percuma

Ebook panduan ini dihasilkan dalam bentuk Tutorial bergambar bagi memudah anda memahami setiap teknik yang ditunjukkan dengan mudah.

Ini Link Downloadnya.

http://www.mediafire.com/?zedd2ymwjro

p/s: post ini telah dibuat oleh bro zacky sendiri. diharap perkongsian oleh beliau ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. ebook ini adalah percuma. anda boleh rujuk di thread wangcyber untuk perbincangan selanjutnya.
sekian..

download2. ilmu ni..

skill cari themes rare blogger paling mudah

10 January 2010

salam..
ad yang bertanya saya bagaimana untuk kita cari theme theme yang menarik dan jarang ditemui. Perkara ini terjadi kerana terlalu banyak web yang menyediakan download2 percuma tentang template bg blogspot ini. Ini menjadikan kita terlalu blur dan kabur untuk memilih theme yang paling sesuai untuk ditempelkan di blog kita.

Ok tutorial kali ini memang nampak mudah tapi saya tak nampak ramai yang mengaplikasikan nya.ada orang tanya saya mana nak download. saya hanya akan cakap google je?
mesti die bengang punya. lepas tu die tak tanya plak macam mana cara saya google theme? sebab die ingat cara tu paling mudah budak sekolah pun boleh jawab.
sebenarnya anda salah. saya tak google dengan cara yang anda fikir. letak keyword blogger template for download lepas tu bukak satu satu link? kalau macam tu sampai esok pun tak sudah.

ok macam ni caranya :

first kene la ad dalam mindset kita kaler apa yang kita nak letak pada blog kita . gelap atau terang. Dalam blog ada dua je. samada anda suka background cerah seperti putih atau gelap.

yang keduanya katalah anda memilih warna merah sebagai warna pilihan untuk blog anda
so cuba search keyword "red blogger template" di ruangan blogger template





disini anda akan lihat berapa banyak web yang menyediakan download percuma bagi blog template yang berwarna merah bukan? letih la kalu nak click semua web tu. cari satu2..
so cara mudah die hanya tukar option web ke image seperti ini:



anda akan dapat lihat thumbnail2 utk red template yang berada dalam setiap web tadi hanya dalam satu page. faham maksud saya? so takyah la susah2 nak teroka satu satu web semata2 tuk cari red layout ini. the next step is jika dah berkenan sila buat macam ini:



ok katalah anda berminat dengan design layout seperti di atas ini hanya klik pada image tersebut dan kemudian anda akan dibawa ke frame dan link ke image tersebut



nampak ke? ok sy terangkn kat sini. link biru yang pertama itu adalah link untuk download design layout yang telah anda pilih tadi. dengan cara ini dalam masa yang sama kita akan dapat melihat dibawh frame yg sy boldkn merah itu adalah website utk template tersebut
JAdi dengan cara ini ia nya akan menjadi kan lebih mudah untuk anda mendownload template2 yang jarang ditemui atau yang memang terkenal.

Sebabnya apa? kerana setiap hari atau setiap minggu.. akan wujud2 beratus ratus mungkin beribu ribu website tentang template untuk blogger , wordpress atau lain-lain. jadi secara mudahnya, jika anda hanya melihat ranking yang pertama di google. anda akan dpt melihat templet2 yang sudah biasa anda lihat sebelum ini. so nak kelainan? kita guna cara yang lain..


p/s: mcm ni la cara saya cari sesuatu. tak kira web, template,video atau apa2 image. bg sy ia nya jln yg paling mudah . hehehe ..sy ingatkan disini "keyword" memainkan peranan penting dalam pencarian kita. so katalah contoh nak template untuk video. just search "blogger template video"

ok. dah baca? jgn lupa tingglkn komen kat bawh ye...

pengumuman penting

07 January 2010

salam to all who read my blog..
untuk makluman saya telah menyiapkan blog / web baru ni http://darkkecik.info
silalah datang melawat kerana disana saya akan update ilmu ilmu pree yang samaada anda tahu atau tidak tahu..
blog ini just untuk sharing cerita cerita. so blog sebelah adalah info..
thanks for your support.

untuk makluman
Service untuk mendesign web atau blog telah bermula
anda boleh menempah blog atau web. dengn caj serendah 50-100 untuk satu web atau blog.
ini adalah harga promosi.
so cepat2 la email saya k..
di khaisr@gmail.com / subscribe di web sy http://darkkecik.info

entri 2010 yang agak terlambat

03 January 2010

salam kepada pembaca blog sy. Memang saja sy melambatkan entri kali ini.
moga-moga 2010 membawa satu lembaran baru bagi hidup anda.
supaya kita sentiasa maju dan terus maju dalam merealisasikan hasrat dan keinginan kita untuk berjaya kelak.
Dengan usaha, doa dan tawakal kita, insyallah akan ada kejayaan yang akan kita tempah di 2010 ini.biarpun sedikit ia akan membawa seribu makna kepada kita.