aku dan penulisan ku

09 August 2009

bila otak dah mula berfikir, bagaimana aku ini diperlukan dalam sesuatu atau tidak diperlukan dalam sesuatu perkara. kerana tiada yang mampu menyerikan kesunyian ini.
aku mula berfikir, adakah aku hanya diperlukan bila perlu? dan ditingglkn bila segala keinginan itu telah dikecapi. susah juga menjadi aku. insan yang cuba mencari identiti diri, yang merasakan diri ini betul dlm bnyk perkara.
aku cuba untuk bangun sendiri, aku cuba untuk bertahan diatas dua kaki dan diatas satu hati menghadapi segala ujian dan dugaan hidup. adakalanya diri ini tidak tegar dan tidak mampu bersendiri kerana imanku yang masih lemah.
apa yang aku pegang? dan apa yang aku pertahankan? aku sendiri tidak tahu.
orang akan datang kepadaku bila mereka memerlukan sesuatu. bila mereka punya keinginan utk memdambakan sesuatu. dan kemudian pergi semula apabila kemahuan dan kenginan mereka tercapai. ini apa?
aku punya teman yang istimewa, punya kawan yg ramai, tapi aku tidak pernah melihat diri ku ini sebagai satu elemen yg sentiasa diperlukan. mujurlah, aku punya Pencipta yang sentiasa mendengar luahan hatiku. dan jika ini adalah yang dimahukan olehNya yang maha kuasa, aku redha dan sedia menghadapi ujian ini. kalu kamu yang membaca mungkin tidak faham apa yang cuba ku katakan, kerana kamu tidak cuba menghayati penulisan ku ini. syukurlah aku masih ad keluarga yang perlu aku jaga, dan selepas ini. aku tidak akan menghiraukan lagi segala benda yang aku miliki. dan syukurlah juga, kerana aku dpt melihat perangai manusia yang sebegini yang mengambil kesempatan dlm bnyk perkara. dan bukan sebenarnya seorang teman yang sejati..




you take it or leave it

08 August 2009

Kadang- kadang kita cuba faham diri sendiri, dan selalunya kita juga kene faham orang lain.
proses saling memahami ni bukan terjadi diantara kalangan yang bercouple sahaja. seharunya semua skali tak kira laki ke pompuan ke. ok la, rasanya bahasa "aq" ni lagi besh nak digunakan.

Pertamanya :
Kenapa orang susah nak faham aku?

Jawapannya:
sebabnya, sifat aku tak sama mcm org lain. (jawapan bengap). yela memang la sifat aku tak sama dengan orang lain, takkan aku nak paksa diri aku tuk jadi orang lain? ape kejadanya ini semua?

soalan 2:
Ape bende sifat ko yang ko rasa buruk?

Jawapannya :
Aku tak suka bila time lapar org duk tanye2 aq asal muke aq moody, asal muka aq ketat, dan blah blah.. bila time lapar memang aq takde mood la bai. ad jugak org lapar muke gembira riang ria, tapi itu bukan aq. aq adalah diri aq. dah itu yang aq rasa time aq lapar, takkan aq nak pretend happy pulak?

Sifat tak suka duk sorang.sifat ni jrg aq tonjolkan pada orang. hakikatnya aq tak suke dok sorang walau aq slalu ckp aq suke duk sorang. tapi dari mulut tak semestinya sama mcm ape hati ckp.
aq tak suka menyusahkan orang dan biarkan org tu rasa tersusah.. sebab tu aq ckp aq lebih suke dok sorang. biar org tu dtg sendiri. rapat dengan aq, tak kire susah dan senang, time makan ajak g makan, bukan g mkn bile rasa nak pegi mkn ngn aq baru ajak. kdg2 pegi mkn senyap ngn member lain, even ajak pun takde.

aq tak suka orang tanya apesal aq badmood, apesal aq buat muka ketat apesal kerol ni, apesal kerol tu. wtf? ko ingt ko pakar motivasi ke ape? tunggu je dan bt seperti biasa smpi aq dah ok. baru tanye.. jgn sebok nak tanye2 jaga tepi boxer aq.

yang lain2 aq tak nampak plak. ape bende lagi. kalu ad tu biarlah sebab tak ketara sgt. aq bukan nak bukak pekong sendiri. apetah lagi memalukan diri sendiri. tp, biar org yg baca yg kenal diri aq taw utk berinteraksi dengan aq. kalu rasa susah, ape ad hal, boleh blah wei! aq tak kesah pun. nak cari kawan mcm ni la yg susah. sbb tu aq cari seorang "sahabat". bukan aq takde kawan. ramai kawan aku. cuma nak cari seorang "sahabat" belum tentu boleh dpt dari satu himpunan kawan. and now skrg ni aq dah duk sorang2 kat rumah, rasa besh jugak. senyap, bllh ckp sendiri, blh ckp ngn dinding,bla.. bla., (jiwa kacau)

beb! aq tak perlu kawan ad kereta, aq tak perlu kawan ad streamx atau kawan yg ad duit byk. aq perlukn seorang sahabat. seorang teman. tatkala susah dan senang.
ini cara aku meluahkn perasaan. ini cara aku utk cuba beriteraksi..
"take it or leave it"

Si kecil yang comel

05 August 2009

jangan tanya tikus jenis apa yang berada dalam gambar kat sebelah ni, sebab itu bukan tikus apatah lagi hamster.
sifat bijaknya menjadikan ramai yang tertarik dan dari perangai manjanya.
saya memang suka kan haiwan, seperti ikan, kucing dan yang sekarang nih, adalah sugar glider. agak2 pernah dengar? mesti ad yang pernah dgr dan mesti ad yang tak pernah dengar. Pet kecil ini semakin popular dikalangan pencinta2 haiwan diluar sana dan ia dijual dalam lingkungan harga RM 300-400 Seekor. Wow! mcm boleh beli ladang hamster pulak kan?

Sugar glider atau binatang seperti hamster ini berasal dari australia dan memerlukan suhu antara 60-70 darjah celcius. dan mereka juga sentiasa memerlukan suhu yang sebegini untuk kekal aktif. Sugar glider ini lebih aktif pada waktu malam dan merupakan haiwan yang jinak dan mudah rapat dengan tuan nya.
Kenapa pulak sy buat post pasal sugar glider ni? hehe, sebabnya sy jugak akan memiliki seekor seperti ini tak lama lagi. Dah lama dah berkenan dengan binatang comel nih, tapi cuma fulus yang tak mengizinkan utk memiliki haiwan tersebut sebabnya sebelum ini harganya lebih dari RM4++.00. Sebelum sy memiliki haiwan ini, sy kene la jugak pastikan yang saya mempunyai cukup masa untuk menjaganya. adakalanya, kita tergelak dengan telatah haiwan2 peliharaan ini, bagi saya, ia membuatkan sy happy walapn bukan mudah untuk menjaga haiwan rare seperti ini. Saya nasihatkan kepada yang ingin dan yang akan memiliki haiwan kecil ini agar membaca terlebih dahulu forum2 dan jugak web2 berkaitan untuk memahami haiwan kecil ini.

Bukannya apa, jika anda betul2 tak cukup masa, tak perlulah anda memilikinya kerana haiwan ini memerlukan penjagaan rapi dan jugak "bonding" diantara pemiliknya. sugar glider ini bukan seperti hamster dan jugak cara menjaganya adalah lain dari haiwan2 kecil yang anda tahu sebelum ini, kalu sebelum ini anda pernah membela seekor hamster dan hanya memberi makan, ia tidak bagi sugar glider. sugar glider memerlukan permainan, teman dan jugak tuan yang boleh menjaganya dengan baik. kerana ia adalah haiwan yang aktif dan sosial. nasib baik la haiwan ni tak lepak kat zouk. (merapu kejap).
Huhu, one more things, my dear mesti tak suka menatang nih. sebab she`s not that type have time for this litte things. its ok for me, because i really like it. sorry la dear, jgn bebel ha i beli anak angkat! nk bt teman kat rumah, takut duk sorang2 nanti kene rape ! haha

Uish penat bebel.dan pukul 4 pagi suda. banyak benda nak disettlekan lagi. korang yang baca nih, doakanlah sy supaya habis belajar dengan selamat, dan cepat dan cemerlang. takut jugak semakin hari semakin susah subjek2. dan yang paling penting ini adalah sem terakhir selama 3 tahun lebih aq disini. dan sy suka pegang ayat kat bawah ni.

Bila kau memandang segalanya,
Dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan Allah sengaja Mentakdirkan segalanya,
untuk sesuatu yang sia- sia,
Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
rentaknya hatimu tetapi itulah
yang Dia mahukan kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah akrab
dan dekat denganNya....

Renungkan2 lah, bagaimana kesusahan pun yang kita hadapi, bagaiman bnyk dosa pn yang kita buat, percayalah atas ketentuan ilahi, kerana ad hikmahnya disebalik setiap kejadian.
dan ia bukanlah sesuatu yang sia-sia yang perlu kita sesali tanpa berbuat apa2 tindakan..

wasalam..