Adakah anda.. ???
..
1
Tahu bagaimana teknik mengubah
profile
friendster yang menguntungkan?
1
Tahu bagaimana comment atau testimonial
anda mampu membawa pulangan hingga RM100 sehari?
1
Tahu menggunakan kuasa buletin bagi menjana
pendapatan untuk anda?
1
Tahu bagaimana mendapatkan RM10 daripada
seorang ahli group
anda?
1
Tahu teknik rahsia message menguntungkan
menggunakan message pada friendster?
1
Tahu rahsia bagaimana friend search menjana
minimum RM70 sehari untuk anda?
1
Tahu bagaimana hanya 1 rakan dari senarai
rakan anda mampu menjana sehingga
RM60 untuk anda ?

Pelajari Bagaimana Menjana Pendapatan Menggunakan friendster Dengan Panduan Lengkap Berbahasa Bahasa Malayu. Jana Pendapatan Dengan Lebih Mudah Dan Cepat Melalui Tutorial Bergambar dan Sudut Praktikal Yang Disediakan.
Dapatkan Pakej Pendapatan Friendster Sekarang

Adobe photoshop CS 2 teknik dan idea

23 October 2008



Salam ceria semua and greetings from me..oke rasanya kite dah boleh start dengan teknik2 edit didalam photoshop.sy lebih sarankan anda menggunakan adobe photoshop cs2 utk proses edit sesuatu gambar supaya menjadi lebih menarik.oke!cukup utk intro.gambar kat atas yg telah diedit tu,sy gunakan ad dlm 5 layer.dan juga filter diffuse glow,supaya muke nampk soft.pastu dalam gambar tu jugak,ad dua layer yg telah di buat seperti gambar didalam gambar.maksudnye. sy gunakan teknik picture in picture.sebenarnya dah lama sy edit gambar ni so xleh nak bg detail tentang cara edit smpai jadi muke yang agak berhantu camtu. :D ape pun.sila la komen.ataupun kongsi teknik2 anda,kerana saya pun masih baru. kalu ad ayat2 yg diatas yg tak dpt difahami.bole la bertanya yek!.tu je tuk malam ni.~kite jumpe lagi bab seterusnya




Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu….

Moral:
Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka…