Celcom broadband The Story Part 2

29 July 2009


Nak dijadikan jalan cerita, pasal komple aq pada celcom pada entri yang lepas, pada mulanya aku komplen pasal receiption yang sunggu lemah di tempat aq nih. lepas dari komplen tu alhamdulillah terus ok. and then yang tak beshnya pasal akaun utk celcom broadband aq dah kene limit.
So paam2 jela die punye kelembapan tu macam mane kan. serupa pakai itu gprs ma!
nak tanak aq kene gak buat sesuatu utk sedapkan hati, sebab kalu di pk pun, kite seharusnya bagi peluang kat diorang utk perbaiki kelemahan. yela, takkan tiba2 nak terus canngih betul tak?
mane la taw kalu aq buat aduan diorang buang limit aq tu. hehe. sebab bagi aq skrg ni broadband adalah satu keperluan. kat mana2 pun terutamnya yang selalu melayari internet online akan semestinya memerlukan kemudahan sebegini.
so di pendekkan ceritanya ini adlah email yang aku terima dari celcom berkenaan limitation utk 5GB sebulan..


" Salam Sejahtera Encik Khairul E-mel encik adalah dirujuk. Merujuk kepada pengalaman encik berhubung perkhidmatan Celcom Broadband, kami ingin berkongsi maklumat bahawa semua pelanggan `Mobile Broadband' adalah tertakluk di bawah `Fair Usage Policy' bagi memastikan tiada individu memonopoli `bandwidth' (jalur lebar) setiap masa. Ini adalah seperti yang tertera di dalam Addendum yang terdapat di dalam Borang Pendaftaran pelanggan atau boleh dirujuk melalui laman web kami di www.celcom.com.my/broadband. Untuk makluman, langkah mengehadkan kelajuan ini dilaksanakan bagi penggunaan yang melebihi 5GB iaitu had yang telah diperuntukkan untuk setiap pelanggan yang melanggan pakej Monthly Unlimited Basic (RM68.00) dan Monthly Unlimited Advance (RM98.00) pada setiap bulan. Pelanggan terbabit akan dimaklumkan mengenai perkara ini melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Sekatan kelajuan akan dibuka semula pada hari pertama mengikut tarikh kitaran bil, supaya pelanggan boleh menikmati kelajuan seperti biasa. Kami amat berharap penerangan kami dapat menjelaskan keadaan yang sebenar atau (sebarang) mana-mana keraguan. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan di atas sokongan dan sumbangan encik kepada Celcom."


Jadi dengan adanya email sebegini kita tahu mereka sedang berusaha untuk memperbaiki kecanggihan broadband mereka..at least die tak limit utk selamanya. hanya utk bulan tersebut jek kalu kita guna lebih. tp terus terang memng penggunaan internet aq kalu sebulan tu lebih dari 5Gb, agak susah juga tu.ad yang mengatakan celcom akan menaikkan kepada 10Gb sebulan, tp tak tahu la entah bila, kalu lagi cepat lagi bagus.semua orang pun senang hati.

so skrg aq dah mengurangkan skit penggunaan internet broadband celcom ini bagi tujuan yang tak berapa penting, kecuali utk download2 tu memang diperlukan lah. diharap pihak celcom pun boleh ambil langkah utk memperbaiki service dan jugak broadband ini terutamanya. supaya nanti kalu orang orang luar datang malaysia takde la pandang rendah kat kemudahan internet kita. Kalu negara sebelah boleh dapat dua tiga kali ganda kelajuan dari kta, takkan la kita tak boleh? "dunia tanpa sempadan" <---- moto ni kene jaga jugak. jgn indah khabar dari rupa sahaja. sekian... daaa~




Related Posts by Categories



1 comments:

AnwarJapanese said...

hurm . saya pun dah terkena pada bulan pertama penggunaan . selamat dapat berjumpa blog ini . ada gak tahu pasal informasi sekatan tentera celcom neh . trimas atas info,

Post a Comment