aku dan kamera

26 January 2009

Kalau nak diikutkan tajuk..macam tajuk formal je yang korang baca kat artikel² majalah dan lain2 kan? hehe sebenarnya takda ape yang cuba aq ketengahkan tentang fotographer ni..
Cuma nak berkongsi sedikit camne kalu umur cam aq ni kerja sebagai fotographer terutamanya di majlis² perkahwinan..

kali ni aq nak share sket bende yang selalu aq lihat dalam sebuah majlis perkahwinan ketika ianya berlangsung

10 perkara yang korang akan tahu dan pernah tahu atau tak pernah tahu atau tak ambik tahu ketika majlis perkahwinan berlangsung :

1.baju pengantin yang berupa songkit tu adalah amat panas dan bahang apabila bersanding dan terutamanya cuaca panas.(sepanjang aq jadi fotographer kes baju ni xpernah tak ada.selalu je ada terutama pengantin lelaki yang tidak tahan kepanasan baju tersebut.sampaikan fotographer pun kene marah(aku la tu) sebab posing lebih²) ahaks.

2.tak semua negeri ada dan faham tentng "tol" ketika nak naik pelamin.(aq xtao tol ni nama melayu die apa.tapi di johor,apabila pengantin lelaki sampai untuk naik pelamin bersama pengantin perempuan.akan ada makhluk² yang duduk didepan pintu dan jugak atas pelamin utk mengutip angpau(tol), dah dpt baru boleh jalan.so kalu lelaki² diluar sana tu yang dah nak bersanding ngan org johor terutamanya..jgn lupa bawk bnyak2 angpau..simpan dalam kocek kasi kat pengapit.nnt takde la terkecoh baru nak cari.. :D
(ad satu peristiwa dimana pengantin lelaki tersebut org melaka dan perempuan org johor)pengantin lelaki tak tahu langsung pasal tol ni.apabila tiba time
majlis.terkena lak tol yg ramai dari makcik2 berhampiran.sehingga die naik berang dan marah dan cuba bertindak melarikan diri dari majlis) isyh2 bende ni berlaku depan mata aq.so prepare de payung sebelum hujan k.

3.???

4.????

5.kebnyakan mak andam adalah nyah(panggilan mudah),dan solekan mereka boleh mengubah muka anda menjadi org lain.(x caya cuba tanye photographer)

6.pengantin akan dibawa merata2 tuk diposing setelah majlis selesai(bersiap sedia la dikau wahai raja sehari untuk beraksi) hehe


7.majlis perkahwinan biasanya berakhir pukul 5 ptg dan start pada pukol 11 pagi(ni waktu standard org dtg masa majlis perkahwinan, 5 ptg ke ats tu dah kurang orang kalu yang dtg pun kawan2 dari jauh atau yg baru balik kerja)

8.amboh2 adalah nickname apabila pengantin membaling gula² kpd kanak-kanak yang duk tercegat didepan pelamin,serta org² dewasa juga pun turut serta(tu nickname die,nnti kalu org tanye amboh2 tu ape,jgn cakap sejenis nama tayar lak)

9.penyerahan wang hantaran biasanya dilakukan separuh separuh(kalu hantaran 20 ribu, 10 ribu tu dah serah awal masa dlm tempoh pertunangn
dan 10 ribu lagi diserah masa pernikahan) tu biasa la..

delast one
10.kebnyakan hantaran berupa hadiah biasanya dihantar dengan bilangan yang ganjil seperti 7 dulang,11 dulang..(ala2 nak pikat puteri gunung ledang la tu) nak tahu knp? tanye la org2 tua kita.aq pun x tanye nape tapi selalu kalu a
q ambik foto,semuanya ganjil belaka bilangan dulangnya..

tu dia 10 bende yang korang x tahu,tahu dtg makan nasi minyak je..mungkin ad yang tahu sebab dah pernah berkahwin atau cuba menambah quata.hehe..
anyway saje2 je aq post entri buat2 ada..kalu nak tips aq takde la sebab aq pun x kawin lagi..calon tu dah ad,duit je blum nk banyak :D


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Related Posts by Categories



9 comments:

Khairul Quayum said...

knape ada 8 je??
num 3 n 4 mn krule??

kairole said...

kehkeh 3 dan 4 ko kene cari sendiri la quayum, kalu betul jawapan ko dan aq leh terima, aq bagi 3 ringgit masuk terus akaun ko.. ;)

Muhammad Nor Azim B. Nor Azizi said...

Perkara2 yg perlu dilakukan (aku) sebelum pg kenduri kawin:
1) Pastikan tak makan sehari sebelum majlis berlangsung
2) Bila tiba time makan, makan puas2. Free tu beb
3) Kalau nak tapau, pg la tapau kat dapur..

kairole said...

wah smpai tiga die letak.boleh tahan la ko azym :D ad pengalaman ni.. tapi jawapan tu tak leh diterima -x( pasai die tak melibatkan ko..haha untuk mudah paham~ aq nak 2 lagi adat2 ketika majlis perkahwinan berlangsung :D naik -5 tinggit-

Ir. hydir said...

haha.. kalo nak kahwin nanti..
tahu ler nak buat apa...

hntrn ke.. dulang ke...
yang penting... ongkosnya kena ada dulu...
jgn berhutang bila nak kahwin sudah.. lps kahwin hutang keliling pinggang.. naya jer.. :P

kairole said...

hehe betui2 bro hydir cakap tu..mcm ad satu customer tu, bt grand2 kat hotel 5 bintang di KL smpi beratus ribu, pastu nak bayar duit foto pun susah..apetah lagi yang lain..

wawa said...

teruk la abg azim ni..ada ke biar perut kosong sehari...kot ye pun alas la peut lu time pagi..sarapn...pastu nk g kenduri ke apa ke..pergila...hm...

kairole said...

bukan ke perot azym selalu saja kosong? hehehe sebab bdan die pun nampk kosong je :D

yana_m aka heart^bee said...

alahai 5 hinggit jek ke habuannye..

bubuh la tggi skit...hehehe

Post a Comment