alahai tambi kesian kamu

28 January 2009

Buat pembaca blog ni, cam biasalah tajuk pelik² kekadang berkait kekadang tak dan kekadang kene kait. :D apa pun berikut kisah yang berlaku (cam karangan budak tingktn 5 ler pulak)

27 JANUARI 2008
berfoto gedik bersama family dan member² di jeramtoi level 2..hehe rasanya korang boleh kenal yang mane kawan² aku dan selebihnya adalah family aweks yang berbaju biru cair itu merangkap buah hati pojaan ku..kehkeh

10:21 am - tibanya rombongan keluarga dari subang, kemudian menungu di muka pintu kolej ku,keluarga ni adalah keluarga kepada kekasih hatiku.yela kalu dah kata keluarga mestila ramai ye x? dan termasuk jugak sedara2 berhampiran yang lebih dikenali sebagai mak ngah.Aku tersedar pada jam 8.55 pagi tanpa dikejotkan oleh sesiapa,mungkin sebab terperanjat dek mimpi2 indah yang selalu mengganggu tidurku.setelah bgun aq trus mandi dan bersiap untuk berjumpa family yg telah ku anggap sebagai family ku jugak walupun belum sah ag. :D

perjalan ke jeramtoi n9, mengambil masa lebih kurang setengah jam atau lebih mengikut kelajuan kereta anda..dan yang paling mencabar adalah jalannya yang berpusing² seperti ular dipalu..sehingga membuatkan makngah muntah ditepi jalan.

sesampainya disana..

kami mencari tempat untuk dijadikan port meletakkan barang dan juga port melabuhkan punggung.pada mulanya kami memilih untuk duduk berhampiran dengan keluarga yang lain yang berada disitu.tetapi berpindah ke tempat yang lebih strategik ditempat tinggi.dan boleh melihat pemandangn jeramtoi

di pendekkan cerita, mandi punya mandi..
seorang lelaki berbangsa india yang sedang melayan anaknya tiba2 terjatuh akibat tergelincir.dan terhentak pada batu di bahagian tengkuknya..
india tersebut tidak sedarkan diri dan tiada tanda2 pernafasan berlaku
punyala ramai yang berkerumun melihat situasi india tersebut..pihak keluarga india tersebut hanya melihat smbil menangis teresak2 tanpa berikhtiar membawanya ke hospital..
lelaki india tersebut.tidak menunjukkan tanda2 bergerak atau bernafas,sebaliknya kaki dan tangannya telah pucat.

mengikut apa yang dikhabarkan,lelaki india tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian sebelum ambulan sampai,dan beberapa minit kemudian,dia dibawa terus ke hospital berhampiran dengan diusung menggunakan kain beramai2..
alahai, begitu mudah nyawa kita diambil, hanya dengan terjatuh walaupun tidak seteruk mana kecedaraanya..ajal maut itu ditangan tuhan.walau sekuat mana pun kita, tak mampu melawan ketentuan ALLAH.

dalam pukul 5 ptg barulah kami bersiap untuk pulang, setelah semuanya puas menikmati air terjun jeramtoi dan setelah penat menggigil kesejukan.Perjalanan kami diteruskan ke seremban2.JUSCO adalah destinasi seterusnya untuk kami melepakkan diri tanpa tujuan disitu.yela hujung2 bulan ni, ape la bole dibeli sangat..

picture taken by my dear : kesian abg baju merah tu kepenatan :D ops yang ad kepala kecik belakg tu adik kpd aina.dimana saja ad camera disitu la die akan interframe skali,biarpun hanya kakinya yang masuk dlm gambar itu

pukul 9 mlm baru lah semuanya bersedia untuk pulang, keluarga dari subang balik subang, dari n9 balik n9,tapi memang syok bile kene air terjun sampai kan sakit2 badan dibuatnya seperti dipukul oleh 20 orang sekaligus..walaupun takde kelebihan apa2 menadah body di air terjun tu,tapi kepuasan nya lain macam.bila dapat bertahan lama kat dalam tu..

seb baek telinga putih,terinterframe skali telinga aq,haih kekasih ku ini memng takleh nampk camera.maka terus muka nya berubah menjadi cover magazine punye muka

ini akan aq jadikan satu kenangan dalam hidupku, si kecik ni pun nak interframe skali
yang telah ku ilhamkan dalam blogini.ceh ayat
dah mcm ayat sastera lak.ok jumpe lagi di entri yang akan datang,
yang lebih cool..dan gempak agaknya.

p/s : ayat tunggang lagak sebab malas nak fikir ayat² baek punya.cukup sekdar korang faham ;) ye x?

Related Posts by Categories



9 comments:

EM AN said...

muka masa kat jeram toi, memang terbaik!
inspirasi dari tomok. kan?

kairole said...

haha~ dapat angle tomok~ kalu amik dari bawah dapt angel cat farish..

EM AN said...

cat farish?
please, jangan buat aku muntah darah.

kairole said...

huhu~ ko nak aq amekkan angel tu ke man? boleh gak jadi noh punye angel

EM AN said...

u mean angle?
fyi angel is malaikat / bidadari.
hahaha.

kairole said...

silap eja la man~ angle ea? akan ku ingatinya

Ir. hydir said...

wah... holiday... seronoknya :)

kairole said...

dlm gambar tu skit je yg ada.tp senanya ad 3 buah kereta pergi holiday kat situ.. :D

EM AN said...

anda di tag di blog saya. kalau tak buat tak nak kawan

Post a Comment