Menambah tarikan dalam gambar

08 November 2009

Cara menambahkan tarikan dalam gambar korang.
Ok pengalaman sy dalam bidang photographer sejak dari umur 15 tahun (form 3) dah ikut ayah pergi ambik gambar kawin, sampai la pada umur 18 tahun sy dah mula pegang camera dan take shoot untuk wedding-wedding dan juga majlis majlis perkahwinan. Maybe ramai kawan-kawan yang tak tahu aq ni seorang photographer, tak ler profesional sangat. sekadar belajar dari pengalaman dan ilmu dari my father je. Perbezaan demand atau permintaan untuk gambar-gambar majlis perkahwinan ni amatlah cepat. dalam jangka masa pendek sudah ad peningkatan dalam cara pengeditan dan cara penyampaian setiap photographer seperti candid picture dan formal picture. Kalu masa umur sy 15tahun, masa tu customer tak banyak demand, nak background belakang ad menara effiel tower la, klcc la, hehe macam-macam lagi, tapi sekarang perubahan dalam bidang photographi amatlah cepat, yang nak background atas awan pun ad? . belum lagi kot.

Daripada pendapat sy sendiri la, gambar yang natural dan cantik adalah gambar yang ditangkap dan tidak dieedit dengan ketara.maksudnya : kalau korang tangkap gambar cuba cari view yang agak pelik skit untuk menampak kan kelainan pada gambar. jangan takut nak menekan button snap kat camera tu, tak kene duit pun kalu sekali tekan. tekan la sampai lebam dan kemudian letak dalam komputer compare kan yang mana terbaik

Contoh gambar natural. kalu tengok gambar ni kita dah tahu belakang tu die edit sket blur. tapi cantik kan?

Keduanya : Teknik menggunakan adobe photoshop, mengikut dari pemerhatian sy ramai yang tahu guna teknik photoshop tapi kekemasan pada gambar amatlah kurang. kekemasan ni maksudnya teknik layer, atau segala yang berkaitan hendaklah dibuat secara detail. kan kanta pembesar ad kasi zoom la sampai nampak lubang hidung tu. Bila kita buat sesuatu dengan detail, hasilnya . memang cun
Ini pula sy ambik contoh dari web www.ruzaimy.com menggunakan teknik layer dan lain-lain yang ni memang dah pro. saya cuma nak ambik contoh kekemasan kerja beliau je =)


Ketiga adalah kualiti kamera.hehe bab ni susah sket nak diterangkan sebab bukan semua yang mampu nak beli DSLR camera ke dan lain-lain camera yang berkaitan yang mencecah beriban riban. saya sendiri pun belum ad camera sendiri. guna ayah punya jek la kalau ambik wedding. hehe dan biasakan lah pegang camera tu hari -hari supaya korang tahu function -function yang dah disediakan didalam sesebuah camera tersebut.

Untuk yang betul betul minat dalam bidang photographer ni, belajar lah dengan gigih. sebab sy pun masih dalam proses pembelajaran dan menimba pengalaman. Ops! terlupa nak cakap. untuk yang rasa diri dah senior dalam photographer ni, kalau masa wedding tu ternampak yang baru-baru macam saya ni, cuba la senyum-senyum skit. Banyak wedding yang sy dah ambil, terutamanya bila saya ambik video dalam wedding tersebut.confirm2 la photographer orang lain. takkan sy nak tangkap dua-dua. kdg-kdg segelintir photographer ni buat muka kerek je? kita tegur dia buat donow je. ish2 orang kita jugak tu. mungkin dah terlampau senior. jadi kepada abg-abg photo tu kalu terjumpa orang-orang baru ringan ringakanlah mulut tu untuk beri sedikit senyuman supaya adik-adik ni tak gentar nak menyesuaikan diri dalam bidang photographer ni.

Alhamdulillah, ramai dah orang -orang kita dah berkecimpung dalam bidang ni. memang boleh buat duit yop! tak tipu punya. tapi yang penting "minat" dan sikap. Sebab lain orang lain ragamnya. bukan semua orang kita sapu sama. =) Perkara pertama cuba korang bayangkan korang pergi ke satu majlis yang memang korang tak kenal sorang pun dalam majlis tu, tapi tugas anda adalah menjadi conductor untuk memanggil dan memastikan perjalanan majlis tu berjalan dengan baik(ini tugas sampingan aje). Conductor tu bila time sesi photographer, bukan senang masa tu nak panggil tuan rumah, makcik, pakcik, paklong nak amek gambar. kene banyak bersabar =) hehe. yela tangan tengah penuh tak sempat nak posing.

Ok lah itu je untuk malam ni, ada masa saya akan buat sedikit tutorial tentang adobe photoshop atau software-software yang berkaitan. dan teknik video juga insyallah.
Kerjaya seorang photographer memerlukan modal yang besar pada mulanya kemudian tunggu duit masyuk jekla disamping kita meningkatkan kualiti perniagaan kita.

Sila-sila lah meninggalkan komen anda atau nak tanye apa-apa yang kurang faham. kalu boleh bantu saya bantu. =) terlupa nak cakap contoh-contoh yg diambil ni sekadar untuk pemahaman sahaja. Bt masa ni, sy sedang busy menyiapkan urusan urusan yang masih belum selesai ditempat belajar saya ni. jadi tak sempat nak buat research. hehe.

sekian..

Related Posts by Categories



6 comments:

aina mardiah said...

good !
tlong ajar kan photoshop tu nk gune mcm ner

kairole said...

boleh je. i ajar spesial untuk u sorng je. haha

MuhD NoR AzyM said...

Dia sorang je? I mcm mane rol? Sanggup u....hahaha..aina jelez..~lalala

kairole said...

ala u ni azym. u punye bunga tu kn ada. die kan leh ajar u lagi details. kehkeh

Lun said...

x adil ajar dia sorang jer huhu

kairole said...

Lun : hehe tu untuk special edition punye. private punye bukan goverment =)

Post a Comment