First feedback in ebay

25 April 2009

Maen lompat-lompat bak kata member aq.So post lepas aq dah cite aq nak join ebay.
Untuk yang pertama kali nya, feedback yang aq dapat daripada slh seorang seller di ebay.so aq tunjukkan kat korang.hehe baru satu.

(klik gambar ni untuk kanta pembesaran.bagi yang blur2 tu )

Macam agak blur la kalu upload photo guna blogspot ni.oke takpe aq terangkan sket.seller tu bg feedback "excellent buyer.fast payment.thank you" haha itu je,bukan ad apa pun.Sebab ad pentingnya feedback dlm ebay ni? oke kalu korang baca kat forum pun yang pernah dgr ebay mesti taw sebab ape.jadi yang tak tahu tu.bergunanya feedback ini adalah apabila kita nak menjual nanti."confident" daripada buyer terutamanya adalah amat penting jika kita nak meyakinkan pembeli bahawa kita benar-benar serius dalam urusan jual beli di ebay ni."contohnya : kita ad sebuah kedai, kedai tu umpama "store" dlm ebay.so, tiap2 hari orang datang kata kedai kita bersih.jadi orang akan yakin untuk makan disitu.betul tak? hehe

Oke setakat ni tu jela yang aq dpt tunjukkan.sebenarnya design2 produk untuk aq jual dah seap.Mungkin aq akan mintak tolong si die, untuk bagi komen produk2 yang aq akan pasarkan di ebay ni.al maklumlah course bisnes.memang secocok kalu aq mintak pandangan dari buah hati ku itu.hehe baru lah namanya "kerjasama".sebelum aq join ebay ni, aq wat kajian dan bacaan dulu banyak2,orang kata asah senjata dulu sebelum berperang.nnti nak cucuk orang tak mati pulok,kita balik kene tebas.tunggu feedback cukup dulu sampai 5.baru aq akan start dengan menjual..so stay tuned..untuk tgk laku ke tak produk yang aq jual tu..hehe.ok wasalam.


"bangunlah dan bersatu wahai bangsaku"



Aku Rasa Aku dah tahu...

23 April 2009



Melukis, menconteng, dan suke bende² yang agak pelik dan cantik adalah memang favourite aq.kalu korang tengok meja tempat korang belajar ad conteng2 tu, bukan aq yang buat eh. aq bt kat kelas aq je..

Kerjaya sebagai seorang part time jurufoto, editor gambar, haih kenapa la aq xnampk semua ni dari mula. "EBAY" ha itulah yang aq maksudkan sekarang ni.walaupun aq belum terjah ke pasaran ebay ni, tapi aq dah mula mereka bentuk "mouse pad" niche aq, untuk di list kan ke dalam pasaran ebay.Knp aq join ebay pulak ? ermm tak de sebab sebenarnya, tapi salah satu bidang yang aq suke nak buat adalah design daripada mengira math(oh x sukenye).Kan aq cakap aq tak kan pernah give up nak buat bisnes online ni, hehe so skrg tumpuan aq adalh dlm bidan perniagaan pulak.kalu sebelum ni, affiliates,mlm,ptc,cpa dan macam2 lagi yang aq dah join ops tak lupe "FOREX" bidang paling lame aq study cam study exam pun ad,hari2 ngadap buku.semua tu aq dah try, tp belum ad rezeki nak menjadi, maybe salah satu silap aq adalah hilang fokus kepada sesuatu seperti kata otai2 bisnes online.


Jadi aq ambik keputusan untuk start ebay, dan fokus pada bende ni, walaupun aq xberapa pakar dlm photoshop, tp kalu setakat nak ubah sana sini sket tu tak jadi masalh rasanye.Berikutan dengan kejayaan orang2 kita dlm ebay ni, yang senyap2 jalan kan bisnes semacam ini.aku jugak nak turut serta cuba menerjah pasaran ebay ni, mane tahu ad rezeki pulak kat sini.Rezeki tu semua datang dari Allah, selagi kita berusaham selagi tu lah Allah akan bantu.cume kenela sentiasa ad sifat sabar dan tekun dlm melakukan sesuatu.jadi korang doa2 kanlah aq supaya aq berjaya dalam ebay ni.kalu sorang baca dah satu doa.amin..ini adalah intro sebelum aq memulakan perniagaan aq di ebay.so stay tuned for more update dari aq.nak sambung wat design.hehe daaa~


Week of EXAMS~

20 April 2009

Kejap betul masa berlalu, tiba-tiba dah nak exam je? adoi.tak baca apa lagi ni <-- bende biasa yang aq dgr.sama la gak cam aq.haha sebb aq kalu baca memng last minute.orang kata baca last minute nnt tak lupe, dah baca banyak2 pastu terus masuk dewan exam.ha memang berterabur la kepala otak nak memikir jawapan-jawapan untuk exam tersebut.
Pernah dulu sebab terlalu preasure sangat, sebelum exam baca bagai nak mati, esoknya last2 otak jadi "BLANK".ermm amek kaw memang tak jawab langsung la jadinya.

Uis,takde idea nak type panjang2 sebab nak buat asemen ni seapkan,ape pun gudluck utk semua yang amek exam,and for my lap one, gudluck to u too oke, semoga ALLAH permudahkan segalanya,amin, doa yang sentiasa kita baca.hehe
oke daa~ doakan aq yek kawan2..





wei sakit betul hati aq tengok perangai ko ni

17 April 2009

Alahai kawan, sekali aq cakap ko tak paham, dua kali aq cakap pun ko tak faham.aq pun tak taw nak cakap camna lagi.masing² dengan perangai masing².Belajar dah nak abes pun masih nak buat perangai.adoiyai..sudah2 la tu.sakitkan mata dan hati je.sampai aq tulis entri ni."berkira" ha yang ni tabiat, asal wat keje skit nak berkira, kalu kira dua tiga puluh percent takpe la gak, ni kire smpi 80% haih takleh tu kawan.Cube la fikir skit kedepan, kita bukan lagi budak2 sekolah rendah, "oOo semlm ko x kasi aq gula2, hari ni aq lak x kasi ko" <-- ni budak sekolah rendah darjah 4. "kedekut" <-- sifat no 2 yang aq memng x suke.kedekut tu biar bertempat.Dalam islam pun ad cakap pasal kedekut ni.cube la cari sendiri pakcik gogle ada jawapannya.Aq pun kedekut tp kedekut aq bertempat, orang nk pinjam kete tah sape2 dtg cakap nak pinjam, nak bagi? mestilah aq x bg.tu kedekut bertempat.Nak pinjam message 1, nak bagi? kalu satu takpela, 20 30 message, memang la aq x bagi, bukan ad share ngn maxis atau celcom dan line2 telco yang lain.Pasal pinjam meminjam ni pulak? perkara pertama dalam carta pinjam meminjam adalah duit...kdg2 bile terdesak ad gak pinjam member2 tapi aq sentiasa ingt nak bayar.walaupun lambat.tapi kepala hotak sentiasa suruh bayar bayar bayar..jadi maafla kalu ad yang aq pinjam dari member2 yang lambat ongkosnya tiba ek. Wei~ sakit hati ni..kalu aq ikot prinsip budak darjah 4 tu, memang aq sendiri pun tak suke, tapi makin lama macam makin pijak pale pulak.pk la sendiri kalu2 ko terbaca bende ni ya kawan.jumpe tak lama, lebih kurang tak sampai setahun, so harap bile keluar nanti ad gak la bende baik yang masing nak ingat masa kat sini.bukan bende burok yang memang orang tak suke.Orang tak suke aq? wei aq x kesah la asal aq tak buat "tahi" kat orang.Ni la jenis aq tak suke sembur depan2,aq simpan dan simpan sampai kalu dah memang terbuku kat dlm hati,jgn harap la aq leh lupe.
Mals nak cerita panjang² memang tak cukup pot dalam blogspot ni. silap2 kene beli hosting 2gb lak karang.Ape yang penting? bukan kerjasama, belajar hormat orang dulu sebelum nak diri tu dihormati.jangan lah sangka diri tu terlalu baik dn cukup sempurna kerana kita diciptakan oleh Tuhan yang satu.Semua dari kita pernah buat silap, tapi cube menjadi lebih baik adlah yang terbaik."kalu tak boleh buat, jangan tak buat langsung"

Takpela,sekurang2 nya ad jugak Si dia yang menyejukkan hati aq.itulah penyeri kehidupan aq, walaupun kadang2 kami gado, tacing sana sini, merajuk tak tentu hala, tapi kami tahu yang kami memerlukan diantara satu sama lain.

Haih, jaoh jugak aq merepek, apa pun thanks pada yang betul ku anggap sebagai sahabat yang saling bantu aq ketika aq susah.Aq bukan jenis orang yang lupe, aq akan ingt tu.cume takde rezeki lagi aq nak membalasnya. :D
oke macam lega lak dah hembus dalam ni.hehehe..semoga Allah permudahkan segalanya.didunia mahupun di akhirat.amin...



Tips memikat hati wanita bijak

16 April 2009

macam menarik lak aq baca bende ni, jadi cube la korang ukur kebijaksaan si dia(mestila perempuan) dah tajuk pun wanita.Ukurlah macam mana cara pun agak-agak jenis yang bijak boleh la baca bende ni.haha~ kalu yang jenis tak berapa nak bijak camna? ha yang itu yang kita tak tahu tu..

1. Pastikan anda menjaga kebersihan diri. Wanita bijak mungkin tidak terlalu terpengaruh dengan rupa, tapi kebersihan masih menjadi keperluan utama.

2. Berkelakuan baik. Bergurau ringkas tidak mengapa, tapi tetap berhati-hati agar tidak membuatkan mereka terasa atau berkecil hati.

3. Elakkan mencarut atau melontarkan kata-kata kesat di depan mereka. Perbuatan ini langsung tidak cool.

4. Jangan ambil kesempatan. Walaupun mereka mungkin memberi isyarat yang mereka juga minat kepada anda, tidak bermakna anda boleh semudah-mudahnya menyentuh atau mengambil kesempatan terhadap mereka.

5. Sekali-sekala berikanlah pujian ikhlas anda, jika tidak kepada fizikal mereka, apa salahnya memuji sikap atau personaliti mereka. Tapi ingat, pujian harus jujur!


6. Jangan cuba-cuba mengkhianati hubungan kerana mereka akan mudah menganggap anda lelaki tidak berguna.

7. Jadi lelaki budiman. Bukan hanya pada wanita yang anda suka, tapi kepada semua yang ada di sekeliling anda.

8. Jadi pelindung dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri mereka.

9. Jadikan mereka percaya kepada anda. Simpan rahsia, luahan emosi atau apa saja yang mereka kongsi bersama anda.

10. Babitkan diri dalam perbualan intelek. Bukan hendak menunjuk pandai, tapi buktikan anda juga memiliki kekuatan intelek dan boleh diajak berbincang. Tetapi janganlah keterlaluan hingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak senang.


dipetik dari blog KOLEKSICINTA.BLOGSPOT

Macam takde keje jek??

Macam takde keje je aq tgk laptop hari-hari ni..bisnes dah banyak join, Forex, Affiliates, PTC, PPL dan segala macam jenis p lagi la.dan yang paling banyak kerugian yang aq alami adalah di F.O.R.E.X .Aku dah join forex ni lebih dari setahun, membaca dan terus membaca tapi aq terus rugi dan rugi.benarlah kata orang nak jadi dari kalangan yang sedikit tu bukan datang dari usaha yang sedikit.Dianggarkan 95% trader GAGAL dalam bidang forex ni. Nanti la kalu emosi dah pulih baru main balik.sebab aq dah study bende ni dah macam lebih aq study tuk exam..lagipun nak buat duit la katekan? semua orang sanggup wat apa sahaja.janji HALAL.

SO sekarang ni aku tengah dalam proses membangunkan web affiliates aq.disamping nak menyiapkan asemen yang berlambak.ad gak yang aq memng tak paham langsung dengan bahasa apa yang di ajarkan pada aq.macam ombak pun ada. kalu dua kali dengar cam filiphine pun ada.entah la labu..asal boleh disembur, sembur jela.dah nama pun lecture aq.nak taknak kene la dgr apa yang tersembur.

Woho, kadang-kadang tension gak beb, masuk bisnes sana sini, tapi untung? ape tah lagi nak buat pendapatan sampingan, kerugian sampingan ada la..lagi-lagi bulan 6 ni pinjaman dah nak abes, duit makan untuk setiap bulan mane mau cari wo..argh pening2..duit final projek lagi yang beratusan harganya.ini semua DUIT punye celita.

Midterm pun dah nak menjelang ni, wah semuanya berlalu begitu pantas..tu yang buah hati aq pun sentiasa busy membuat asemen beliau.Ahaks itu sudah menjadi kebiasaan bagi aq, sebab bila si dia sudah mendapat assignment yang diberikan.itulah buah hati yang akan menggantikan tempat aku seketika.Tapi takpe, asalkan kita belajar memahami diantara satu sama lain, insyallah perhubungan itu lebih harmoni dan bahagia.Korang mesti cari apa yang sebenarnya aq nak sampaikan kat dalam entri ni.kalu tengok tajuk pun dah tahu,takde keje. so memang takde keje la korang baca smpai abes ni.haha..

p/s: sape ad keje kosong gtaoo aq jadi designer ke? buat blog ke? insyallah bole. hehe



Domain percuma di co.cc

CO.CC:Free Domain

Bagi ya berjinak-jinak dengan bisnes-bisnes onlinng baru nake ataupun segala jenis macam yang berkaitan dengan internet yang memerlukan anda untuk membukak satu tapak atau website baru.anda boleh mendapatkan domain percuma di http://www.co.cc/?id=166495

Selain dari itu anda jugak boleh menaja dengan mendaftar di sistem affiliates mereka.setiap dari ahli yang join anda diberikan komisen sebnyak USD0.10, erm ok la tu kan kalu dah sepuluh orang dah 1USD = RM3.++ .Jadi ape lagi jom kita mula berjinak jinak dengan domain serta hosting ni kerana dalam bisnes2 online ataupund dimana-mana sahaja anda berada, anda akan memerlukan satu cabang promosi untuk anda perkenalkan produk atau servis anda disamping mendapat ilmu pengetahuan yang bagi saya merupakan aset penting dalam marketing di internet.

Jadi ape tunggu lagi.jom bergerak sekarang.dan mulakan langkah anda untuk berjaya didalam bidang ini pula.saya pun on the way ni.sedang kemas mengemas web yang dah saya index kan ke gogle.com


Semoga berjaya.Kalau ada yang kurang faham.boleh la tinggalkan komen dekat bawh tu ye.oke trimas.jumpe lagi..


Subscribe button added

15 April 2009

Fewet~ ha aq telah berjaya menambah satu lagi function didalam blog aq ni.cube korang tengok belah kanan sekali ad satu widget baru iaitu subscribe your email.ok~ untuk yang dah tahu korang xyah la baca ni, untuk yang tak berapa nak konpem ape bende tu aq terangkan, subscribe email ni adalah untuk memudahkan kita apabila sesebuah blog tu bila ad je new post entri die akan terus masuk ke dlm inbox email kita.ha! simple je kan..

jadi disebabkan terlalu banyak ebook2 yang aq telah download atau ape2 yang terbaru tentang information korang dijemput lah untuk meletakkan email didalam kotak tersebut.supaya memudahkan aq spam.hehe takde la memudahkan untuk anda membaca new entri yg aq bt..so stay tuned..for other info..

tgk skali macam semak lak blog ni.tgk dua kali cam oke je.tgk la berapa kali yang anda nak.sy bt kerja anda komen. :D eheh






Personal & Bisnes

04 April 2009

Assalamualaikum,(perenggan baru)
kehadapan pembacaku yang budiman(noktah)


Dengan ini aku nak mengumumkan blog lagi aku yang lagi satu kini dibuka untuk tujuan bisnes² online.Kalau nak ikutkan banyak sangat bisnes online yang aku masuk tapi kebnyakan nye sebab aq tak fokus dengan apa yang aku wat.itulah sebab nya orang kata tahi2 ayam hangat.last2 semua tak jadi ape.Setelah aq semakin dewasa dengan bende2 bisnes online ni, aq baru taw yang nak berbisnes ni kene fokus satu bende dan kita takleh nak semua bende dalam satu masa.

Dari 1 tahun lebih yang lepas, aq terlalu teruja dengan promosi2 dari bisnes2 online yang pernah aq ceburi, walaupun semua tu leh buat duit, tapi kita kene fokus pada satu bende untuk kita berjaya dalam berbisnes online ni.

Jadi dengan ini, aq buat lagi satu blog untuk aq sendiri tgk dan teliti dimana silap aq dalam berbisnes online ni, sambil tujugak aq leh kumpul bisnes2 yang pernah aq ceburi supaya nanti takdelah terlupa.

jadi kalu korang singgah kat blog aq ni, jgn lupe masuk pintu ke dua, ad kat menu atas tu..untuk korang usya2 program2 buat duit yang aq sediakan..
oh itu saja aq tak suke tulis panjang2 sebab nanti aq merapu tah kemana..
hehe chow~ daa

Perasmian Blog Aina (^__^)

03 April 2009

Assalamualaikum semua,hehe ape khabar, kabare, ni how ma, dan macam2 lagi.
moga kita sentiasa bagus dan terus berjaya,saya nak cakap "malaysia baguss"

Kalau pembaca blog aq mesti tahu sape nama yang disebut diatas tu. pada 02 April 2009 maka tersiap lah satu blog berwarna hijau yang dimiliki oleh aina a.k.a pojaan hati ku.ngeh ngeh :D
Dengan tak tahu malu dan tak de rasa segan nya, walaupun tidak disuruh, dengan lafaz bismillah aku merasmikan blog tersebut. :)

So aq menjemput korang untuk berkungjung ke blog beliau, dan meninggalkan sedikit kesan jejak disitu.kenduri2 takde la, haha saje nak promote..
semoga korang sentiasa maju jaya dalam segala apa yang korang buat.sekarang ni ekonomi dah gawat, kerja pun dah banyak berhenti, so cari la alternatif untuk survive dengan berbisnes online

last but not list to my dear aina..tahniah dan syabas kerana anda dah ad blog sendiri.post entri banyak2 sket.nnt i promote satu malaya.haha

oke tu je daa~ assalamualaikum



Duit Percuma dan Kereta Corvetto

01 April 2009

Ok, untuk post kali ini aku ada satu berita baik kepada mereka yang belum mendapatkan USD1 yang pertama. Russell Brunson iaitu seorang Internet Marketer antarabangsa ingin memberikan anda USD1 malah lebih daripada itu…mungkin USD100 atau USD1000 sehinggalah hadiah utama iaitu sebuah kereta sport Corvetto. Kalaulah bernasib baik…hehe.

Sebenarnya, Russell Brunson telah menganjurkan satu pertandingan iaitu $100 Million Dolar Challange dan beliau sendiri akan train anda secara personal. Beliau mahu anda mendapat $100 Million Dolar.

russell brunson

Di samping pertandingan yang dianjurkannya, beliau juga bermurah hati memberikan USD1 kepada sesiapa yang menolongnya mempromosikan pertandingan ini. USD1 bagi seorang yang anda promosi. Jika anda berjaya mempromosi kepada 100 orang dan setiap dari mereka mendaftar, anda akan mendapat USD100. Kalau 1000 orang, anda mendapat USD1000…hohoho. Banyak tu. :D