Showing posts with label Broadband. Show all posts
Showing posts with label Broadband. Show all posts

Celcom broadband The Story Part 2

29 July 2009


Nak dijadikan jalan cerita, pasal komple aq pada celcom pada entri yang lepas, pada mulanya aku komplen pasal receiption yang sunggu lemah di tempat aq nih. lepas dari komplen tu alhamdulillah terus ok. and then yang tak beshnya pasal akaun utk celcom broadband aq dah kene limit.
So paam2 jela die punye kelembapan tu macam mane kan. serupa pakai itu gprs ma!
nak tanak aq kene gak buat sesuatu utk sedapkan hati, sebab kalu di pk pun, kite seharusnya bagi peluang kat diorang utk perbaiki kelemahan. yela, takkan tiba2 nak terus canngih betul tak?
mane la taw kalu aq buat aduan diorang buang limit aq tu. hehe. sebab bagi aq skrg ni broadband adalah satu keperluan. kat mana2 pun terutamnya yang selalu melayari internet online akan semestinya memerlukan kemudahan sebegini.
so di pendekkan ceritanya ini adlah email yang aku terima dari celcom berkenaan limitation utk 5GB sebulan..


" Salam Sejahtera Encik Khairul E-mel encik adalah dirujuk. Merujuk kepada pengalaman encik berhubung perkhidmatan Celcom Broadband, kami ingin berkongsi maklumat bahawa semua pelanggan `Mobile Broadband' adalah tertakluk di bawah `Fair Usage Policy' bagi memastikan tiada individu memonopoli `bandwidth' (jalur lebar) setiap masa. Ini adalah seperti yang tertera di dalam Addendum yang terdapat di dalam Borang Pendaftaran pelanggan atau boleh dirujuk melalui laman web kami di www.celcom.com.my/broadband. Untuk makluman, langkah mengehadkan kelajuan ini dilaksanakan bagi penggunaan yang melebihi 5GB iaitu had yang telah diperuntukkan untuk setiap pelanggan yang melanggan pakej Monthly Unlimited Basic (RM68.00) dan Monthly Unlimited Advance (RM98.00) pada setiap bulan. Pelanggan terbabit akan dimaklumkan mengenai perkara ini melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Sekatan kelajuan akan dibuka semula pada hari pertama mengikut tarikh kitaran bil, supaya pelanggan boleh menikmati kelajuan seperti biasa. Kami amat berharap penerangan kami dapat menjelaskan keadaan yang sebenar atau (sebarang) mana-mana keraguan. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan di atas sokongan dan sumbangan encik kepada Celcom."


Jadi dengan adanya email sebegini kita tahu mereka sedang berusaha untuk memperbaiki kecanggihan broadband mereka..at least die tak limit utk selamanya. hanya utk bulan tersebut jek kalu kita guna lebih. tp terus terang memng penggunaan internet aq kalu sebulan tu lebih dari 5Gb, agak susah juga tu.ad yang mengatakan celcom akan menaikkan kepada 10Gb sebulan, tp tak tahu la entah bila, kalu lagi cepat lagi bagus.semua orang pun senang hati.

so skrg aq dah mengurangkan skit penggunaan internet broadband celcom ini bagi tujuan yang tak berapa penting, kecuali utk download2 tu memang diperlukan lah. diharap pihak celcom pun boleh ambil langkah utk memperbaiki service dan jugak broadband ini terutamanya. supaya nanti kalu orang orang luar datang malaysia takde la pandang rendah kat kemudahan internet kita. Kalu negara sebelah boleh dapat dua tiga kali ganda kelajuan dari kta, takkan la kita tak boleh? "dunia tanpa sempadan" <---- moto ni kene jaga jugak. jgn indah khabar dari rupa sahaja. sekian... daaa~





Ape telah terjadi pada celcom broadband ??.. Kenapa tiba-tiba ada limit pula untuk download bandwidth?? Sebelum ni unlimited<--la sangat … takda masalah pon… Untuk pengetahuan, celcom broadband telah mengehadkan download bandwidth kepada 5GB sebulan.. maknanya korang hanya boleh download 5 movies je sebulan… pastu internet anda off atau dia akan control speed internet anda??

Kenapa celcom tiba-tiba ikut jejak langkah maxis broadband untuk buat download limit ni?? Kalau nak buat limit tak payah le sebut broadband…. panggil je ‘internet limited to 5Gb per month’.. tak payah kelirukan pelanggan dengan ‘unlimited broadband’ Kenapa ISP malaysia teruk sangat?? Pelanggan sampai berjuta2 tapi service tetap macam tu.. Untuk pengetahun anda Malaysia adalah antara negara yang mempunyai servis internet yang teruk!!

Sebelum ni aku guna internet dial up biasa, ingat nak tukar kepada yang lebih canggih mcm broadband nih sebab senang dibawa kemana. tapi baru sebulan pakai dah kene limit, seap hantar message cakap dah lebih 5gb dan bandwith akan dilimit. sekarang nak bukak page pun lembap, mcm guna gprs. ape punye company macam ni?? pelanggan berjuta, isp terok. duit pegi kemana? dah tak mampu nak bayar bandwith ke ape? haih geram betul la, bukan masalah bayar ke tak bayar atau tak mampu nak bayar, tapi kalu nak buat sesuatu tu biar terang dan jelas, tak payah nak kaburkan mata orang. UNLIMITED kepala otak kao! 5GB tu kalu sekarang nih dah macam 5mb je, pasal pengguna2 internet dah semakin ramai. dah lebih kurang 80% yang menggunakan internet. cuba la pk sket. nak berniaga tu biar jelas, pengguna tahu. iklan media bukan main lagi. <-- marah betul nih. :D

Buat masa ni streamyx masih lagi mengekalkan unlimited speednya… Sreamyx masih lagi best option untuk rakyat Malaysia setelah Celcom boadband buat limit pula untuk download bandwidth…. Kami sebagai pengguna internet amat mengharapkan ISP yang betul2 dapat memberi kepuasan kepada kami..

aku nak sign out broadband celcom nih! cukup la sebulan pakai. first impression ???

Lepas dah kene baru la aku nampak ramai blogger2 dan web2 yang lain yang bising2 pasal bende nih. ok, terlanjur rasa tak puas hati nih, aku share kat korang forum yang boleh tweak broadband nih. aku dah try buat dan hasilnya adalah ini. menggunakan broadband basic RM68.00 -

korang boleh pergi ke forum nih untuk belajar cara tweak modem broadband supaya speed die optimize. dan paling maksima. tapi kene la monitor supaya tak lebih 5GB karang ad lak kene limit ngan cik CB nih. kalu tak taw cara nak buat? boleh post jek comment kat bawah nun.
insyallah boleh tlg sket2. and post kan skali TCP/IP result korang bila dah buat. tak caya buat lah tgk. pegi tak pegi kan? haha. kalu ad orang yang kerja celcom broadband baca bende nih. korang pk la sendiri. terutama orang2 yg diatas nun, jgn keje nak buat duit je tp service sungguh teruk. nanti aq akan post email yang menyatakan rasa tak puas hati aku dan jugak reply dari customer care centre dia. Isnin ni aku akan ke celcom centre dan sign out broadband celcom nih. kalu korang tak percaya jugak. boleh cari kat pakcik G (google) dan tgk berapa bnyk blog dan web yang komplen pasal bende nih. CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT!!!

wassalam....