Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Bercerita tentangnya..

03 March 2010

Salam Pembuka bicara.

Tengok blog orang lain, jalan sana sini terasa cemburu di hati kerana masih tak berpeluang menikmati pemandangan alam semesta. Contohnya di "Bukit Cerakah" sungguh seronok orang itu bergambar dan bermesra bersama teman teman nya. dan tahniah juga kepada cik aina kerana telah memulakan alam pekerjaan pada isnin yang lalu. walaupun kami sudah tiada apa apa hubungan melainkan hanya berkawan, dan mungkin disebalik ini semua ad hikmahnya yang kita tak tahu yang mana ilmu Allah itu adalah teramat luas dan Allah mengetahui segalanya. Sakit beb, mula -mula rasanya di hati apabila orang yg amat kite syg dan perhubungn yang agak lama selama lebih kurang 3 tahun berkecai begitu sahaja.tapi apa nak buat, nasib badan..(bak kata P.Ramlee)

Ok kite ketepikan dahulu bab tacing tacing ni, nak tacing-tacing pun tak guna. kalu dia betul syg pd kita apa nak risau. insyallah ada la tu. kalau takde pun, Allah ada. Untuk pengetahuan sekarang aq telah memulakan pekerjaan di company yang dinamakan Telekom Malaysia atau nama pendeknya TM dalam bahagian CSR (Streamyx Project). taw x csr tu ape? bukan csi atau csl tetapi csr bermaksud customer service representative. ok stop! takleh cite lebih. nnt ad yg tak puas hati die call streamyx n marah2 lak. ehe gurau je. Tapi aq masih menjalani latihan untuk menjadi seorang csr berjaya. ahaks. berkobar la sgt.

Cite lain takde la..seriusly not much to say sebab bila nak start berbloging je hati bercampur baur..melihat gambar2 yang tak sedap dipandang dek mata.

Hanya Sebagai Renungan :

Sabda Rasullah S.A.W

" Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali sehari, Ketika izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang bergelak ketawa. Maka berkata izrail : Alangkah hairan aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya tetapi die masih berseronok seronok dengan bergelak ketawa"

entry sesat

24 January 2010

Disebabkan entry di blog sebelah tiada satu langsung diselitkan nama aq, tergerak hati nak menulis bende bende bosan ni walaupun malas. Ketika ini keadaan masih lagi dalam keadaan tak stabil dengan sakit sakit yang aq hadapi (sakit dirahsiakan) tetapi perkara utama yang aq lakukan setiap kali aq online adalah membaca setiap entry di blog sebelah itu. Itulah rutin harian yang aq lakukan rasanya aq lah orang pertama yg membacanya setiap kali beliau mengupdate blognya. Gembira ke sedih ke aq tetap menjadi peminat no 1 yg membaca blog beliau. tapi adaklnya terkilan di hati bila nama ini jrg sekali dimasukkan kedlm blog tersebut. Mungkin terlupa atau tak penting :)

aq taw blog ni mungkin hanya insan2 yang tersesat terlanjur membaca blog aq ni. dari hari ke sehari hidup ni semakin terasa sepi dan terasa tak berteman. Sebab tiada apa yang penting kt diri aq yg perlu orang cari...stop! aq paling benci melayan perasaan mcm ni. kerana terlalu bnyk kesusahan yg aq telah hadapi hanya utk mendptkn sedikit penghormataan dan kasih syg.
bukalah hati bukalah mata dan bersyukur dengan ap yg anda ada. Ya! aq bersyukur, sebab tu lah smpi skrg aq masih bersama si dia dengn penuh kesabaran dan kasih syg. samaada hatinya betul ad untuk aq. itu aq x tawla..






tamatnya pengajian ku di legenda

16 November 2009

Alhamdulillah, report siap tepat pada waktunya hari ni. walaupun dengan keadaan kewangan yang tak berapa cukup dapat juga capai target nak hantar hari ini. Lega kepala hotak ni sket memangdangkan takde ap lagi dah yang perlu aq hantar. berakhirnya legenda ku disini hehe lepas ni legenda lain pulak.

Sekarang masa untuk berpacking dan insyallah esok aq akan bertolak pulang balik ke kampung dengan hati yang keliru. Ponat drive 2 3 jam ni mengantok lagi satu hal kalu takde member sebab biasa memang balik sorang- sorang. doakan aq selamat sampai ke kampung halaman ye. dan untuk kawan kawan yang nak pulang ke kampung tu juga semoga anda selamat sampai ke destinasi. Blog will be update soon.

Sekian Terima Kasih Kerana Menjadi Pembaca di blog ini..


Kesakitan yang melampau

13 November 2009

Adalah dimaklumkan bahawa tajuk ini tiada berkaitan dengan aq sebenarnya.. =)
sebaliknya ini adalah berkaitan dengan si dia yang sedang dilanda sakit yang amat. Lepas aje exam aq yang terakhir, memang kene datang kolej balik la jawabnya redo exam disebabkan kesengalan aq sendiri yang baca soalan lain. haih~ Takpe lagipun memang nak datang balik kerana ingin menuntut hutang di kolej tempat aq belajar ni. Kolej ni berhutang dengan aq sebanyak RM2360.00 kerana terlebih bayaran semasa proses menyetelkan hutang -hutang aq dengan kolej ni. Caranya mudah aje, individu terbabit akan suruh kita mohon semua pinjaman yang ada pada mula mula kita masuk PTPTN mohon MARA mohon selagi boleh sebab nak lepaskan periuk nasi diorang la kan. lepas tu dah dapat smpi terlebih bayar ni jgn harap la nak dapat secepat yang mungkin. makan bertahun nak tuntut hutang kita ni. disebabkan management yang begitu suck! yang amat sekali. Aq menyesal dan kesal dengan pentadbiran kolej ni. entah bila la bankrup agaknya. Ya! aq bukan bercakap sebab aq belum masuk atau apa. aq dah 3 tahun lebih disini dan aq taw selok belok taktik taktok ef ef disini. Kalu sape sape ef tak puas hati baca bende ni, tertutamanya ef ef baru yang acah acah bersemangat. korang jgn ingt korang tu bagus sgt la. Setakat baru masuk sini nak acah acah poyo plak. pegi mampus la keje ef tu. kadang kadang memang serius shit aq menyampah tgk ef -ef kat sini. seolah olah ko tahu semuanya ?

G mati sama itu cite ef. dah melencong plak aq dari cite sebenar... nak dijadikan ceritanya aq bawak si dia ni ke hospital "kerajaan" (bold sket) pagi tu. disebabkan si dia dah memang tak tahan dengan perotnya yang sakit bagai nak pecah katanya. sampai sahaja disana kami blur2 la nak pegi kemana sebab jarang sgt pergi ke hospital. =) nasib baik ad kaunter pertanyaan. jadi makcik terbabit menyuruh kami pergi ke klinik berhampiran dahulu.
Ok! ikutkan aje sebab tak berapa nak tahu pasal bende ni. tunggu punya tunggu kat klinik tu sampai ke kaunter pendaftaran, kaunter tu masih belum bukak. tapi orang nya ad depan kaunter terbabit. katanya pukul 5 baru bukak. jam sekarang menunjukkan 4.50 sedangkan ramai yang beratur menunggu giliran. Pukul 5.05 datang seorang lelaki india yang menguruskan kaunter tersebut meneruskan kerjanya. tapi punya la kerek lak ai~ ada ke baru masuk kerja boleh sound sound orang? "pegi tunggu nama nanti akan di panggil" "tak faham ke? pegi tunggu nnt nama akan dipanggil" uish kesian makcik tu kene sound dah ler tgh sakit..zzz .doktor tu just check2 biasa je then bagi ubat. simple as dat~

Malam tu, si dia sakit lagi. aq terpaksa menelefon kawan kawan perempuanya utk naik ke blok si dia tuk tgk keadaan beliau. takkanlah aq nak naik atas block perempuan lak? aq bawak plak si dia pegi ke klinik yang ad xray tuk tgk keadaan sebenar perotnya. tapi masih tak xray2 disebabkan da mlm agaknya.

3 kali ke hospital. tapi semuanya bagi ubat yang sama. jadi aq pn tak tahu nak bt ape lagi dan mengambil keputusan untuk hantar die ke rumah familnya di subang. sebab ad juga orang yang boleh jaga kan beliau. jadi doakan lah agar nuraina mardiah ini cepat sembuh hendaknya.

untuk kamu : "i tak pernah rasa terbeban diatas ap yang i lakukan utk u, jadi bersabar lah ye kerana sakit tu ujian dari Allah. jika kita redha maka baiklah ganjarannya, sakit gembira suka senang semua datang dari Allah, tanpanya kita takkan sedar dan ingt sebenarnya kita semua manusia yang bukan sempurna.hope u akan cepat sembuh dear"

sekian..
P/s:nak berpacking2 untuk mengangkut barang barang kat dalam rumah ni sebab da abes belajar. gudbye legenda. aq dtg pn nanti sebab nak menghabiskn urusan tegendala je. tak ingin aq tgk management kat sini lagi. for my lecture tq a lot for the knowledge that u give to me. =) and for my friends. aq mintak maaf lah sebb kadang-kdg aq ni memang suke marah. yang mana tersinggung harap diampunkan ye.


Ponatnya hari ini

09 November 2009

Penat sungguh hari ni
Kepala pUn seDang Sakit JaDi Entri kalI ini AmatLAh penDek
BeSh HarI iNi PekEnA air PanaS pedAs TeRmeRah kaKi diBuatnya berEndam dalam kolam air panas. Erm, aq taknak bercerita dengan lebih panjang pasal perjalanan tadi Sebab si Dia telah terlebih awal MengepOst entri tentang ini.Boleh Baca kat Sini



Hari Ini 9hb 8.00am adalah exam terakhir untuk study aq kat kolej ni. Semoga dipermudahkan Segalanya. Sewaktu entri ni ditulis, aq masih lagi belum memulakan proses penghafalan untuk exam pagi esok disebabkan kepala otak yang sgt sakit.

ini masa makan kat cendol pak leman dawi tadi bersama si dia =)
(sory la aq mmg bukan photgenic punye orang, depan camera mesti kuar muke sengal )

ehhe itu je entri kali ni, aq nak memulakan proses penghafalan secara maksima ni
wassalam...




Destinasi Seterusnya

07 November 2009

09 November 2009 - exam terakhir aq kat kolej legenda ni.
Utilization of Electrical Energy, Nama die macam gud2 aje. tapi subjek die agak boleh memecahkan otak apabila diperah dengan sepenuhnya. Sebenarnya untuk subject last ni, aq pun tak tahu nak menghafal apa. Lecture nya pun dah cabut dari kolej ni merangkap superbizor kepada group aq. Jadikene la tunggu jawapan-jawapan dari langit.
Lepas dari exam ni baru lah boleh merdeka dengan sepenuhnya disebabkan dah tamat pengajian aq kat kolej ni. lebih kurang 3tahun lebih sebab aq masuk awal(bukan sebab repeat ok?)

Erm. ini ada lagi satu bab yang masih belum settle samaada nak teruskan belajar atau terus kerja. Kalau diikutkan hati memang nak terus keje tapi macam nak belajar lagi, tapi bukan belajar tentang electric dan lain-lain, belajar tentang komputer dengan lebih mendalam.
Komputer adalah minat aq sejak kecik lagi , masa kecik memang la jahanam komputer kat rumah tu.sampai aq tahu setiap part dalam komputer tu.
aq rasa aq ad kelebihan dalam bidang ni. dan nak pelajari dengan lebih mendalam tentang komputer ni. Kelebihan kedua adalah dalam bidang grafik yang mana bila time mood tu datang, aq sendiri tak jangka yang aq boleh edit satu gambar tu dengan baik sekali. dari kecik memang minat melukis kalu tak caya tanye mak =) . tapi entah kenapa boleh tersangkut dalam bidang elektrik ni sejak dari form 3 sampai sekarang.
jadi sekarang ni aq 3 basic knowledge yang boleh aq kembangkan

first : komputer, it, software dan graphic
second: graphic, photographer and videographer
third: electrical & electronic enginerring

jadi dikesempatan ini, aq nak mintak pendapat la pada reader2 blog ni, samaada aq patut teruskan belajar atau terus bekerja. ?

Jika sambung belajar
1. bertambahnya hutang-hutang mara dan hutang -hutang lain.
2. minat untuk belajar dah kurang disebabkan rasa terbeban dengan takde duit
3. tak minat belajar kira-kira
4.mak beri pendapat takyah sambung
5. rasa macam menyusahkan parents sebab mintak duit poket.
6. tak minat teori (kolej penipu dulu kata ada practical, lepas tu hantar pegi kilang) ini semua omongan kosong belaka. teruk aq kene kencing tapi takpe dah abes dah pun =P
7.bertambahnya lagi kekusutan kepala untuk melihat rumus2 yang aq tak gemar
8. semua buruk? baiknya mana? haha. yang baiknya, gaji boleh upsket kalu keluar.

Jika terus kerja
1. Dah ad income untuk support diri sendiri dan tolong parents sambil saving utk kawin
2. perlukan praktikal sebelum boleh bekerja
3. tidak advance sangat dalam bidang electric ni. jadi macam biasa-biasa aje la.
4. Untuk long term, lambat rasanya nak naik gaji?(betul ke ni) aq pn x taw.

Entahlah apa lagi kelebihan dan keburukan kalu aq terus bekerja atau sambung belajar, sebab tak banyak kemahiran yang aq belajar kat sini, semua teori belaka.
pengalaman pun takdak. erm...




Berubah wajah lagi

06 November 2009

Putih...
Kenapa kertas semua warna putih masa sekolah2 dulu?
kenapa Kain kapan warna putih?
kenapa orang suka warna putih?
jawapan dia senang aje.
Putih itu suci =)


kali ni berubah lagi wajah blog aq ni. jadi putih pulak. hitam itu memang menawan, tapi adakalanya rasa tak seronok pula kalu tgk hitam hari-hari. cuba andaikan kalu hari hari korang pakai baju warna hitam. tak ke kusut tu. =)

baru je balik dari keluar dating dengan si dia. di city park seremban. rasanya orang seremban tahu tempat ni. tempat beriadah yang agak popular dengan air pancut dan ikan-ikan nya.
memang tenang kalu pergi ke tempat ni. dah lama dah aq tak pergi ke city park ni, kalu dulu memang selalu gak la joging2 bagi pet makan. yela makin hari makin sibuk mane la sempat nak meluangkan masa kat situ kan.
Padamulanya rasa macam malas pulak nak pergi situ, sebab hari pun dah petang. tapi dengan tidak semena2 aq patah balik. semacam ad tarikan =) sampai2 terus pergi ke jambatan gantung kat tgh tasik tu dan tengok ikan-ikan yang tak pernah kenyang melantak makanan2 yang diberi. aq pun pelik gak 24jam ternganga- nganga mulut ikan ni.

Destinasi seterusnya adalah seremban jusco. Sebenarnya kami ni kalau jalan memang takde tujuan yang tertentu. orang kata maen jalan memba** buta je. Bosan pulak tgk jusco macam takde apa function je, jadi kami just window2 shoping je la. Lepas tu makan McD.
Si dia suke la kalau mkn Mcd. tapi lepas makan ades kesian pulak tgk kene strike oleh gastrik. Kalu boleh nak angkat letak belakang, bawk naik kete. tapi seb baek tak sah lagi kehkeh. ini orang memang aq syg sgt.

Gastrik ni amatlah bahaya, sebab ayah pun ad gastrik juga. bila tgk die kene gastrik.fuh tonggang tonggek dibuatnya nak menahan sakit. Sebab tu lah aq risau bebenar kalu si dia ni kene gastrik. Nak risau kat ayah, mak kan ada ngeh ngeh =)





Final Presentation

05 November 2009

Alhamdulillah dapat juga aq menyiapkan final project yang makan masa bertahun nak siap. memang letih belajar ni, bila time malas tu datang..tapi bila time rajin tu rajin sangat la pulak.nak menulis blog pun tak sempat, takde idea nak tulis. ok update sket untuk gambar presentation hari tu.
Circuit yang telah siap dipasang dan diprogrammingkan menggunakan mplab.
Memamng boleh pecah otak kalu belajar programming ni sorang. disebabkan aq tak berapa nak reti. aq mintk tgl org untuk memprogram kan bende ni. Mintk tolong orang tapi kene la belaja juga bende2 ni sket.
Masa final present lah terkantoinye bende ni. sebab aq x faham ad berapa part dlm language tersebut. part yang aq study die tak nak pulak tanye. part yg tak study tu la yg die tanye.
ades~ termenung kejap





Ok ini lah model yang telah sempurna seap. memang nampak simple. tapi ad la jugak pujian dari lectrure yang beri markah masa presentation tu. mungkin kerana melibatkan programming yang boleh membahayakan kesihatan.



Abes je present aq terus balik dan mematikan diri seketika. dek tamparan masa present tersebut membuatkan aq pk sejenak. kenapa aq tak cuba untuk fahamkan bende ni dengan sepenuhnya. Sekarang ni tengah menyiapkan report bagi projek Ultrasonic Range finder ni.
dan juga ad 1 lagi asemen dan 1 exam yang akan menjelang. lepas tu baru lah boleh terjun tingkat 5 sebab dah abis belajar. Penat sungguh belajar kalu bukan yang kita minat ni. sebab ia memerlukan banyak usaha dan paksaan. huhu~
So kalu sesiapa yang ad kerja kosong. boleh la tawarkan kat aq. hehe sempat ag.

Cinta Ramadhan

24 August 2009

kalu setiap kali permulaan puasa memang saya akan balik ke kampung untuk berbuka bersama keluarga.so hari khamis tu dah cabot dah ponteng kelas.haha sebab hari jumaat tu kelas buhsan sangat. biasanya aq memang tak berapa minat kelas hari jumaat sebab hari jumaat lebih enak kalu merehat2 kan diri.heee. tapi dah tanggungjawab kdg2 tu kene la jalankan jugak kan? takkan nak belaja kat sini sampai ad cucu.

selepas seronok berbuka bersama keluarga pada malam first ramadhan kita puasa tu, aq bertolak pada hari ahad untuk pulang ke kolej. tapi nikmatnya berbuka bersama keluarga memang lain dari kita berbuka sendirian atau bersama teman². macam² yang mak masak, beraneka juadah untuk berbuka kat rumah. haha yang beshnya aq tak perlu nak masak. tolong² sket alih2 dah seap jek.tu la yang beshnya kalu berbuka bersama keluarga. selain dapat berbual mesra bersama ayahanda dan bonda tercinta. dan jugak adik2 yang pulang dari hostel. cuma adik laki aq jek tak pulang mungkin banyak kerja.

dijadikan ceritanya balik la aq pada hari ahad tu terus menuju ke rumah kekasih hati tercinta. ha~ jgn tak tahu pulak. ni pula keluarga kedua aq. hehe walaupun belum sah lagi. tapi aq dah anggap mereka seperti family aq sendiri. kdg² tu rasa segan sebab selalu datang, tapi seronok la pulak bila datang. bukan seronok dapat mkn free~ tapi seronok dpt berbual mesra dengan mereka semua. layanannya yang sungguh baik dan mesra buatkan kdg² melekat jugak punggung nak balik ke kolej.haha insyallah doa² kan lah ye agar kami berkekalan, jodoh tu memang Allah dah tentukan tp kdg² kita kene jugak berusaha untuk menuju ke arah tu. kalu ALlah tak izinkan maka hendaklah kita redha, sebab itu adalah yang terbaik untuk kita. Masakan ALlah tu tak tahu kita punya susah atau senang, kita punya masalah atau gembira, semuanya ALlah tahu.. cuma bila ALlah uji kita, hendaklah kita sabar, krn hati yg sabar tu lah yang sentiasa rapat dengan ALLAH. ini tidak~ ad lagu terbaru yang aq terlupa nama tajuknya itu pun berkisar tentang bunuh diri apabila ditinggalkan kekasih. tak baik tuan² buat mcm tu. kan ke dosa yang besar dan ALlah tak ampunkan tu. kalu kita mati confirm la kita tak bole hidup balik sebaliknya sedia utk menerima pembalasan di alam kubur. mati kita pun jadi sia². rugi².
sebaliknya elok la kita layan perasaan kita tu dgn ayat² suci Al quran, dengan menghayati pengjaran agama yg telah di ajarkan pada kita sejak dari kecil.

sempat pula bt tazkirah ramadhan yek. sekadar sembang². sebelum ni ad jugak lagu yang popular tu terlupa plak tajuk die. sampai semua org nak nyanyi lagu dia. lagu "penjara" org panggil sampai slam pun nyanyi~ punye la famous. bila org mati jadi famous pulak kan. bese cam tula manusia. time hidup tak beringat. time dah takde baru tercari². jadi jgn la kita pulak nak famous sebelum nak bunuh diri buat dulu satu lagu maen guitar. confirm famous.




Monyet & Drum

17 August 2009

Aku pun tak tahu la ape tebiat atau tabiat budak junior baru masuk ni semua. aku bukan nak marah apa, tapi perangai semua serupa monyet da~
siang keje nye nak mengetok drum smpi ke petang. Azan ke ape semua tak diendahkan. Kalu lalu ikot depan memang tak dengar tapi kalu dari area belakang menghadap ke jalan ni memang la kuat die punye bunyi.
bunyi tu datang dari SS01 tingkat 1. a
ku tak tahu jenis manusia apa tu. samaada melayu atau cina atau india. dengar khabar org sabah ba kristian. Ad satu hari tu, aq dah tak tahan sangat aq terus turun dan report ke guard. tp guard nepal dan guard berjanggut putih tu semua takut nak tego. die suruh aq pegi hostel management. smpi di hotel management aq bagitao la kat orang dalam tu. diorang kata pegi jumpe security? ape bende la semua ni? semua penakot! termasuk aq sebab aq takde kuasa nak pegi naik umah die tegor.
aq bukan penakot. tp aq nak buat kerja berfikir dulu. aq dah sound tp buat bodo jek gendang juga. org azan pun die bergendang. ingt kolej ni ad s
hare ngn org sabah ke ape?
dah la bising. nak tido pun tak senang. bunyi sumbang sik berkumandang.

Lagi satu hal, ini budak atas rumah aq nih.
tiap2 mlm duk berlari-lari, berkejar k
ejaran. kalu org rumah bawah mestilah terasa bunyi lantai di hentak2 kan.pergh! bunyi tu la yg aq pling tak suka. sakit jiwa dengar nye.pastu terjerit2 macam monyet baru jumpa rumah. yang budak rumah bawah pulak sik tersidai tepi balkoni, dengar lagu lama smbil mengorat anak2 orang yang lalu dijalan raya.setiap nigger yang lalu pasti ditegor. peramah la pulak. adoiyai ragam junior. masa aq junior pn takde bt mcm ni.
kdg2 nak marah pun tak xd selera nak mar
ah. pasal dah besar. ini bukan asrama ms dulu2 bt point kene tarik. tp bila dah dewasa sendiri boleh berpk seperti dewasa la kan. ad ke rumah2 flat org buat mcm ni? maen lari2 maen kejar2 dlm rumah. ganggu org lain punya keamanan.
adeh~





aku dan penulisan ku

09 August 2009

bila otak dah mula berfikir, bagaimana aku ini diperlukan dalam sesuatu atau tidak diperlukan dalam sesuatu perkara. kerana tiada yang mampu menyerikan kesunyian ini.
aku mula berfikir, adakah aku hanya diperlukan bila perlu? dan ditingglkn bila segala keinginan itu telah dikecapi. susah juga menjadi aku. insan yang cuba mencari identiti diri, yang merasakan diri ini betul dlm bnyk perkara.
aku cuba untuk bangun sendiri, aku cuba untuk bertahan diatas dua kaki dan diatas satu hati menghadapi segala ujian dan dugaan hidup. adakalanya diri ini tidak tegar dan tidak mampu bersendiri kerana imanku yang masih lemah.
apa yang aku pegang? dan apa yang aku pertahankan? aku sendiri tidak tahu.
orang akan datang kepadaku bila mereka memerlukan sesuatu. bila mereka punya keinginan utk memdambakan sesuatu. dan kemudian pergi semula apabila kemahuan dan kenginan mereka tercapai. ini apa?
aku punya teman yang istimewa, punya kawan yg ramai, tapi aku tidak pernah melihat diri ku ini sebagai satu elemen yg sentiasa diperlukan. mujurlah, aku punya Pencipta yang sentiasa mendengar luahan hatiku. dan jika ini adalah yang dimahukan olehNya yang maha kuasa, aku redha dan sedia menghadapi ujian ini. kalu kamu yang membaca mungkin tidak faham apa yang cuba ku katakan, kerana kamu tidak cuba menghayati penulisan ku ini. syukurlah aku masih ad keluarga yang perlu aku jaga, dan selepas ini. aku tidak akan menghiraukan lagi segala benda yang aku miliki. dan syukurlah juga, kerana aku dpt melihat perangai manusia yang sebegini yang mengambil kesempatan dlm bnyk perkara. dan bukan sebenarnya seorang teman yang sejati..




you take it or leave it

08 August 2009

Kadang- kadang kita cuba faham diri sendiri, dan selalunya kita juga kene faham orang lain.
proses saling memahami ni bukan terjadi diantara kalangan yang bercouple sahaja. seharunya semua skali tak kira laki ke pompuan ke. ok la, rasanya bahasa "aq" ni lagi besh nak digunakan.

Pertamanya :
Kenapa orang susah nak faham aku?

Jawapannya:
sebabnya, sifat aku tak sama mcm org lain. (jawapan bengap). yela memang la sifat aku tak sama dengan orang lain, takkan aku nak paksa diri aku tuk jadi orang lain? ape kejadanya ini semua?

soalan 2:
Ape bende sifat ko yang ko rasa buruk?

Jawapannya :
Aku tak suka bila time lapar org duk tanye2 aq asal muke aq moody, asal muka aq ketat, dan blah blah.. bila time lapar memang aq takde mood la bai. ad jugak org lapar muke gembira riang ria, tapi itu bukan aq. aq adalah diri aq. dah itu yang aq rasa time aq lapar, takkan aq nak pretend happy pulak?

Sifat tak suka duk sorang.sifat ni jrg aq tonjolkan pada orang. hakikatnya aq tak suke dok sorang walau aq slalu ckp aq suke duk sorang. tapi dari mulut tak semestinya sama mcm ape hati ckp.
aq tak suka menyusahkan orang dan biarkan org tu rasa tersusah.. sebab tu aq ckp aq lebih suke dok sorang. biar org tu dtg sendiri. rapat dengan aq, tak kire susah dan senang, time makan ajak g makan, bukan g mkn bile rasa nak pegi mkn ngn aq baru ajak. kdg2 pegi mkn senyap ngn member lain, even ajak pun takde.

aq tak suka orang tanya apesal aq badmood, apesal aq buat muka ketat apesal kerol ni, apesal kerol tu. wtf? ko ingt ko pakar motivasi ke ape? tunggu je dan bt seperti biasa smpi aq dah ok. baru tanye.. jgn sebok nak tanye2 jaga tepi boxer aq.

yang lain2 aq tak nampak plak. ape bende lagi. kalu ad tu biarlah sebab tak ketara sgt. aq bukan nak bukak pekong sendiri. apetah lagi memalukan diri sendiri. tp, biar org yg baca yg kenal diri aq taw utk berinteraksi dengan aq. kalu rasa susah, ape ad hal, boleh blah wei! aq tak kesah pun. nak cari kawan mcm ni la yg susah. sbb tu aq cari seorang "sahabat". bukan aq takde kawan. ramai kawan aku. cuma nak cari seorang "sahabat" belum tentu boleh dpt dari satu himpunan kawan. and now skrg ni aq dah duk sorang2 kat rumah, rasa besh jugak. senyap, bllh ckp sendiri, blh ckp ngn dinding,bla.. bla., (jiwa kacau)

beb! aq tak perlu kawan ad kereta, aq tak perlu kawan ad streamx atau kawan yg ad duit byk. aq perlukn seorang sahabat. seorang teman. tatkala susah dan senang.
ini cara aku meluahkn perasaan. ini cara aku utk cuba beriteraksi..
"take it or leave it"

wei sakit betul hati aq tengok perangai ko ni

17 April 2009

Alahai kawan, sekali aq cakap ko tak paham, dua kali aq cakap pun ko tak faham.aq pun tak taw nak cakap camna lagi.masing² dengan perangai masing².Belajar dah nak abes pun masih nak buat perangai.adoiyai..sudah2 la tu.sakitkan mata dan hati je.sampai aq tulis entri ni."berkira" ha yang ni tabiat, asal wat keje skit nak berkira, kalu kira dua tiga puluh percent takpe la gak, ni kire smpi 80% haih takleh tu kawan.Cube la fikir skit kedepan, kita bukan lagi budak2 sekolah rendah, "oOo semlm ko x kasi aq gula2, hari ni aq lak x kasi ko" <-- ni budak sekolah rendah darjah 4. "kedekut" <-- sifat no 2 yang aq memng x suke.kedekut tu biar bertempat.Dalam islam pun ad cakap pasal kedekut ni.cube la cari sendiri pakcik gogle ada jawapannya.Aq pun kedekut tp kedekut aq bertempat, orang nk pinjam kete tah sape2 dtg cakap nak pinjam, nak bagi? mestilah aq x bg.tu kedekut bertempat.Nak pinjam message 1, nak bagi? kalu satu takpela, 20 30 message, memang la aq x bagi, bukan ad share ngn maxis atau celcom dan line2 telco yang lain.Pasal pinjam meminjam ni pulak? perkara pertama dalam carta pinjam meminjam adalah duit...kdg2 bile terdesak ad gak pinjam member2 tapi aq sentiasa ingt nak bayar.walaupun lambat.tapi kepala hotak sentiasa suruh bayar bayar bayar..jadi maafla kalu ad yang aq pinjam dari member2 yang lambat ongkosnya tiba ek. Wei~ sakit hati ni..kalu aq ikot prinsip budak darjah 4 tu, memang aq sendiri pun tak suke, tapi makin lama macam makin pijak pale pulak.pk la sendiri kalu2 ko terbaca bende ni ya kawan.jumpe tak lama, lebih kurang tak sampai setahun, so harap bile keluar nanti ad gak la bende baik yang masing nak ingat masa kat sini.bukan bende burok yang memang orang tak suke.Orang tak suke aq? wei aq x kesah la asal aq tak buat "tahi" kat orang.Ni la jenis aq tak suke sembur depan2,aq simpan dan simpan sampai kalu dah memang terbuku kat dlm hati,jgn harap la aq leh lupe.
Mals nak cerita panjang² memang tak cukup pot dalam blogspot ni. silap2 kene beli hosting 2gb lak karang.Ape yang penting? bukan kerjasama, belajar hormat orang dulu sebelum nak diri tu dihormati.jangan lah sangka diri tu terlalu baik dn cukup sempurna kerana kita diciptakan oleh Tuhan yang satu.Semua dari kita pernah buat silap, tapi cube menjadi lebih baik adlah yang terbaik."kalu tak boleh buat, jangan tak buat langsung"

Takpela,sekurang2 nya ad jugak Si dia yang menyejukkan hati aq.itulah penyeri kehidupan aq, walaupun kadang2 kami gado, tacing sana sini, merajuk tak tentu hala, tapi kami tahu yang kami memerlukan diantara satu sama lain.

Haih, jaoh jugak aq merepek, apa pun thanks pada yang betul ku anggap sebagai sahabat yang saling bantu aq ketika aq susah.Aq bukan jenis orang yang lupe, aq akan ingt tu.cume takde rezeki lagi aq nak membalasnya. :D
oke macam lega lak dah hembus dalam ni.hehehe..semoga Allah permudahkan segalanya.didunia mahupun di akhirat.amin...



masa untuk membesarkan perot

16 February 2009

Kejap ad kejap takde,ha camtula aq..adakalanya aq punye idea berlambak nak tulis entri sampai kan dua tiga entri untuk satu hari aq rasa aq nak buat,tapi bile time malas dan takda idea nak tulis tu..nak bukak blog sendiri pun susah..isyh2..kalu dulu rajin la tulis kat diary kat kertas ke kat buku ke..aq sendiri tak tahu ap yang aq tulis..kadang² kisah robot la,kisah ultraman la dan macam2 lagi watak yang berkaitan..al maklumlah budak² mana ad nak fikir pasal bisnes atau apa.

fuh~ exam pun dah abes..masanya untuk aku bercuti pulak..insyallah esok ke port dickson menikmati alam jap smbil berbabique bersama kawan2..hehe.exam aq dah abes lama dah.14 hb hari tu..saja duk melepak smbil menunggu buah hati ku disini yang baru abes examnya tadi..



cuti kali ni agak lama gak smpai 10 hb mac rasanya..aduhai tak dapat la aq nak online.hehe..sebab kat kampung takda talian internet atau yang berkaitan dengan nya.bukan tak nak masuk,tapi sebab dah kene potong..apa pun balik ni aq akan cari ilham untuk memperbanyakkan lagi penulisan aq kat dlm blog ini..untuk blogger² semua thanx sebb sudi melawat blog aq ni..jumpa lagi di bulan depan ya..hehe assalamulaikum ;)