Showing posts with label Forex. Show all posts
Showing posts with label Forex. Show all posts

Trade forex boleh dijadikan fulltime ?

29 December 2009

Fulltime dengan forex bukanlah mudah bagi seseorang individu. Ia memerlukan masa dan pengurusan yang betul. Forex adalah satu nama yang bukan asing lagi dikalangan masyarakat umum. Ia menjadi satu peluang untuk mereka mereka yang baru menceburkan dalam bidang ini untuk berjaya. Diingitkan sekali lagi, 95% adalah gagal didalam forex dan manakala 5% lagi yang berjaya hidup dengan forex. Money management adalah amat penting bagi memastikan anda menerima keutungan setiap bulan. saya tidak akan mengajarkan kepada anda basic basic dalam forex. ilmu seperti ini anda boleh gali dari laman laman web seperti babypips.com dan juga forum forum di wangcyber atau di carigold. Disana ilmu basic dan advance ad disediakan untuk anda cuma ia nya terpulang pada anda nak atau tak nak.

Meramal market adalah bukan sesuatu perkara yang mudah, hanya pengalaman yang mampu menjadikan market itu didalam genggaman nya. forex trading adalah bukan perkara mudah yang boleh dipelajari selama beberapa hari. Ia memerulkan masa berbulan dan bertahun lamanya supaya anda betul-betul mahir dalam bidang ini. Apa yang saya kesali adalah ramai dikalangan trader -trader yang baru sahaja dalam dunia forex telah mula mempromosikan produk seperti ebook dan lain lain. Bagi trader yang baru hendak berjinak mungkin akan menjadi mangsa kepada eboook ebook sampah ini. dan merasa diri mereka tertipu.

Sy nasihatkan disini, carilah guru yang betul betul mahu mengajar selok belok forex ini. ia dapat menjimatkan masa anda daripada mempelajari nya seorang diri. menjadi fulltime trader adalah bukan satu pilihan jika anda masih baru dalam bidang ini. Forex memerlukan modal yang besar untuk menampung margin yang kukuh. walaupun anda boleh memulakan trading akaun anda di mt4 dengan jumlah yang kecil, tidak mustahil jika anda tersilap ia akan membawa padah dan menyebabkan kehilangn duit yang anda telah laburkan.

Belajar lah kerana kamu meminati sesuatu tersebut. nescaya akan ada yang lain akan menjadi inspirasi bagi kamu untuk meneruskan kerja yang pertama tadi. High risk high return..
selamat maju jaya.

Sekian