Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

2010 pembukaan baru bagi post yang baru

22 October 2010

salam......

tulis blog untuk apa? sebenarnya itu ikut pada pandangan masing-masing. kalau and tulis blog sebab anda rasa tak puas hati, itu bergantung kepada hak dan keperluan masing-masing
bagi saya kalau tulis blog ini adalah untuk tiada apa-apa dan sekadar untuk berkongsi.

Kadang bila kita tulis kita sendiri tak perasaan terutamanya bila kita tulis tentang diri kita sendiri. adakalanya kita terbukak pekong di dada sendiri. ahaks! tak ditujukan kepada mana mana pihak. kalau anda terasa sila beredar dari blog saya. tapi secara terus terangnya saya gembira dengan hidup saya sekarang. sebab dulu masa saya bercintan di kolej, saya terlupa pula semuanya dan tak nampak dan tak reti nak menilai baik buruk. Ikut kata family mereka tidak suka pada beliau bila kali pertama melihat nya. tapi aq abaikan pada mulanya last2 saya sendiri makan racunnya.
tapi tu semua cerita lama. entah la sampai bila, tapi biarlah dia dengan hidupnya. tapi memang tak puas hati la maki dalam blog? mai sini depan senyap pula ?
lolx..plastik betul

ah biarkan itu semua, aq pn da takde kene mengena dengan kau. aq dtg umah family kau sebab
itu cara aq hormat orang tua. biarlah ko nak pk ap. tapi takpela, bagi mengelakkan ketidaksefahaman yang berterusan insyallah aq tak jadi tetamu yang tak diundang lagi lepas ni.
aq pn bnyk lagi keje lain dari nak pk masalah remeh camni.aq bukan siapa2 nak berkata begini tapi semoga Allah melembutkan hati mu suatu hari kelak amin.untuk update aq baru je update blog ni. kalau tgk post yang lepas tu dah berapa lama. tu sejak clash la. so aq jadi takde perasaan nak tulis blog lagi. blog pun tinggal terbengkalai.sekarang ni masih bekerja di vads sebagai seorang customer service di TM(tambah masalah) kata rosli.dah 6 bulan aq keje kat vads ni, memang stress work environment dia tapi nak buat cana takde duit kang tak dapat plak nak makan kfc pizza dan mekD! wahaha tu pasal tak cukup manjang

Alahamdulillah, tanpa aq sedari aq ditemukan dengan seorang wanita (boleh kata camni gak) yang baik dengan aq. setakat ini elok bahasanya, dan elok cara layanannya. tapi perangai yang tak elok satu je! kalau nak kuar, main beduk! je duit takde pun kuar juga haha
takpe jodoh pertemuan tu semua dah ditentukan.................. ;) wink!
18 oktober ritu baru je konvo dan semuanya berjalan dengan lancar jumpa member2 lama.

(sama tinggi je semuanya hahaha)


post ni macam rumusan untuk kehidupan yang aq jalani sekarang. sebagai pembuka lembaran baru untuk aq bukak semula blog ini kepada umum. baik buruk aq, itu bergantung pada mereka yang menilai, kalau perasaan benci tu wujud memang tiada kebaikan akan wujud. kalau anda nak kata saya tak baik! itu saya terima. sebab saya suka buat jahat + buat baik. saya tak suka selalu baik dan tak suka juga selalu jahat. kalau share bende personal tu tak usah la detail sangat, nanti buat malu sendiri je. kejap je ha type dah panjang! sok keje pagi tapi masih tak tidur lagi. keje 7 pagi. ok cu next post. kalau ad la reader aq. tak de pun aq baca sendiri.

salam.........................................................

Menambah Graduan Menganggur

08 February 2010

Tanam anggur tanam buah berry, tanam cerry. mcm mcm ditanam kat rumah. Ini lah die kes kes graduan yang masih tak dapat peluang kerja yang duduk terperap dirumah seperti saya.
Jobstreet, Jobmalaysia, spa, careerjet. semua dah apply tapi masih belum ad rezeki untuk dipanggil temuduga..
Persaingan pula adalah amat sengit seperti Pertarungan setiap tentera tentera yang ingin menuju mendapatkan sesuatu..
Aku sudah mula buntu memikirkan soal keje ini, buat masa ni hanyalah menjadi part time photographer dan video untuk wedding -wedding yang berlangsung..
Lulusan diploma sekarang bukan macam dulu, kalau dulu masa aku sekolah rendah. sapa sapa yang amek diploma orang kampung mesti kecoh. Macam sipolan tu dapat ape je. tapi sekarang diploma yang ada tak menjanjikan apa apa jika tiada pengalaman..

So ad sape2 nak offer keje? hehehe meh la comment2 disini...

16 January 2010

Lately macam macam cerita yang dah aq baca, dengar dan lihat. aq rasa permulaan tahun baru kali ini adalah amat tidak menyeronokkan dengan macam macam isu seperti efairy blog, pergolakan sana sini, dan yang paling terbaru walaupun aq tidak ada kaitan pun terkait sekali dengan panggilan beruk. muka aq dilebelkan seperti muka berok? haha marah memang marah.
tapi nak buat macam mana mulut orang. sekurang-kurangnya aq punye akal untuk berfikir secara waras. elok atau tidak rupa seseorang tu takde manusia yang patut menilai kejadian Allah.

Ini semua bermula dari penulisan penulisan yang berteraskan emosi yang sakit. kemudian dieksperikan didalam blog facebook dan web web yang berkaitan. Seharusnya perkara perkara sebegini adaah amat penting disimpan dan tidak didedahkan di media-media elektronik kerana ia boleh menjejaskan ramai pihak. Terbaru yang sy tidak ingat secara terpirinci seorang blogger disaman dan diheret ke penjara dek penulisan beliau. Ini bermaksud blog adalah amat sensitif jika kita salah menggunakannya. Ia adalah lebih kepada info yang berkaitan dan blogspot ini bukanlah diary bagi anda sekiranya ia nya untuk ditatap oleh semua golongn pihak.
anda sendiri faham maksud diary kan? tak perlu lah sy jelaskan disini rasanya.

Selebihnya anda seharusnya menjaga hak hak masing-masing supaya tidak berlaku pergadohan, pemusuhan dan pertikaian antara dua pihak dan lebih. dengan keadaan malaysia terutamanya waktu sekarang ni. seharusnya kita tak perlu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.
Apa yang perlu kita lakukan adalah mendalami sebanyk mana ilmu yang ada.
kemudian barulah kita bersuara.Jangan takde ilmu tapi belagak pandai.

ok penat la bebel.. jumpe di entry lain

sekian..




pengumuman penting

07 January 2010

salam to all who read my blog..
untuk makluman saya telah menyiapkan blog / web baru ni http://darkkecik.info
silalah datang melawat kerana disana saya akan update ilmu ilmu pree yang samaada anda tahu atau tidak tahu..
blog ini just untuk sharing cerita cerita. so blog sebelah adalah info..
thanks for your support.

untuk makluman
Service untuk mendesign web atau blog telah bermula
anda boleh menempah blog atau web. dengn caj serendah 50-100 untuk satu web atau blog.
ini adalah harga promosi.
so cepat2 la email saya k..
di khaisr@gmail.com / subscribe di web sy http://darkkecik.info

entri 2010 yang agak terlambat

03 January 2010

salam kepada pembaca blog sy. Memang saja sy melambatkan entri kali ini.
moga-moga 2010 membawa satu lembaran baru bagi hidup anda.
supaya kita sentiasa maju dan terus maju dalam merealisasikan hasrat dan keinginan kita untuk berjaya kelak.
Dengan usaha, doa dan tawakal kita, insyallah akan ada kejayaan yang akan kita tempah di 2010 ini.biarpun sedikit ia akan membawa seribu makna kepada kita.



Cinta

30 December 2009




Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.


sumber : koleksicinta.blogspot.com

Inspirasi dan motivasi

28 December 2009

Lately hubungan kami berdua tidak berapa nak ok. Diuji dengan pelbagai ujian. harapnya ia akan selesai tak lama lagi. The main story now is, aq tengah berusaha untuk menjalankan perniagaan di internet dengan mempraktikkan balik semua yang telah aq pelajari beberapa tahun yang lepas.
Bermula dari membuat blog sehinngalah membuat web. Nama nama yang tersohor seperti irfan khairi dan otai otai im yang lain akan aq jadikan pegangan semangat supaya aq juga boleh menjadi seperti mereka. walaupun kegagalan sering melanda, ini bukanlah satu penghalang untuk aq bangun dan bangkit kerana aq percaya usaha itu akan membuahkan hasil.
Tiada jalan mudah untuk berjaya, tiada shortcut untuk kaya. Korang doakan aq berjaya ye. =) amin.

Review untuk program buat duit internet yang dah saya join

24 December 2009

Affiliates
-Program berunsur affiliates memerlukan satu usaha dan teknik promosi yang amat berkesan untuk memudahkan pengunjung atau pembeli mengenal produk yang ingin kita perkenalkan.
Teknik SEO(search engine optimization juga penting bagi memastikan produk kita ini berada didalam ranking atas Pasaran.
-peringkat awal : promosi diperlukan dengan giat
-menarik lebih banyak trafik
-memperkenalkan produk
-keuntungan dijana secara automatik selagi produk relevan di pasaran

Ebay
-Kos Permulaan/modal yang sedikit
-memerlukan pengetahuan tentang bagaimana nak urus keawangan dan juga berniaga menggunakan matawang asing
-profit yang tinggi dari setiap jualan kerana menggunakan matawang USD
-juga memerlukan teknik promosi

PTC/PPC and etc
-Program ni lambat sket nak kaya
-memerlukan kerajinan

Forex
-modal yang besar untuk mengukuhkan supaya tak kene MC
-pengalaman yang besar supaya anda tidak loss
-memerlukan banyak kajian dan study untuk menambah bagaimana trend market

sebenarnya banyak lagi program yang telah saya sertai, bagi sy forex dan ebay adalah lubang duit paling cepat jika kita betul sudah bersedia. Menjadi seorang trader memerlukan pengalaman dan study yang cukup bagi memastikan duit kita tak hangus macam tu je. Ebay pulak mudah jika anda tahu caranya. keuntung untuk satu barang dalam dua kali ganda dari modal asal. untung bukan? jadi pilihlah yang mana anda mampu lakukan
jangan takut akan kegagalan kerana kegagalan itulah akan memberikan kita senjata dan perisai untuk kita berjaya. insyallah....




Apa nak buat selepas graduate?

21 December 2009

Memang tak dinafikan berapa ramai penganggur yang tidak mendapat kerja di luar sana.Ini berlaku pada diri sy sendiri. Walaupun sy baru abis pengajian di salah satu kolej swasta, ia menjadi satu igauan pada diri aq sendiri. Mana Nak kerja? mana nak cari duit? Macam mana nak bayar hutang Pelajaran ? soalan soalan ini akan terus bermain di fikiran kita selagi kita tidak mempunyai pendapatan yang tetap yang boleh dijadikan satu sumber untuk kita menyelesaikan semua hutang piutang dan juga keperluan diri.

Pada pembacaan -pembacaan sy yang sebelum ini, kebanyakan individu yang berjaya dan yang mempunya top generate income, adalah individu yang mempunya produk mereka sendiri.
Kalu kita lihat di blog irfan khairi. jutawan syber, beliau ada menyatakan kita perlu ada jenama untuk mecipta sesuatu dalam hidup kita. Jenama adalah produk kita sendiri. Yang dimana contohnya, jika kita mempunyai sebuah syarikat, atas nama kita sendiri khairul coperation, itu adalah yang dinamakan produk kita sendiri.

Semasa berlakunya tragedi bdy5130 yang sy post sebelum ini, sy telah bertemu dengan seorang yang hanya bekerja sendiri di kampung. tetapi mampu menjana 3-4k sebulan. Beliau mengatakan sepanjang pelajaran beliau di kolej dahulu, beliau memang tidak minat mengira, dan terpaksa mengambil reset exam sebanyak di setiap sem. Hal ini juga berlaku pada diri saya sendiri dan saya akui. adakalanya sy terpaksa mengambil sehingga 5 subjek untuk reset exam. Yang peliknya semua reset exam sy lulus. Ini bukan bermakna sy tak pandai, cuma minat untuk belajar dengan lebih mendalam itu kurang dan tidak bersesuaian dengan apa yang sy minati.
sehingalah saya abis belajar pada masa sekarang ini.

Untuk berjaya, berduit, hendaklah mempunyai pemikiran yang luas. jgn kita letakkan diri kita seperti cawan yang apabila diletakkan garam akan masin semuanya didalam cawan tersebut. Letakkan diri kita seperti laut, apabila dicampak garam ia masih tidak masin. Post ini juga ditujukan utk sy memotivasikan diri sy sendiri agar mendapat sesuatu yang boleh sy jadikan sumber dan produk sy sendiri kelak.Keinginan utk berjaya adlah sesuatu yang perlu dalam setiap individu supaya ia boleh merangsangkan otak kita utk terus melakukan sesuatu sehingga kita bertermu dengan apa yang ingin kita kecapi kelak.

Apa yang penting adalah bagaimana cara kita berfikir dan cara kita berusaha untuk kita menuju apa yang kita inginkan itu. Kita hendaklah percaya setiap bidang yang kita ceburi memungkin kita untuk menjadi seseorang yang bergelar jutawan kelak jika ada minat yang mendalam dalam bidang tersebut. Cubalah anda catit kelebihan dan kekurangan diri anda pada sekeping kertas dan anda lihat kelebihan yang mana anda paling minati. Kemudian letakkan jangka masa berapa lama anda boleh mencapai apa yang anda inginkan itu. Kejayaan itu takkan datang dengan mudah. dan pengalaman itu lah yang mengajar kita cara untuk kita bertemu dengan kejayaan.
Kenapa orang lain boleh berjaya dan kita tidak? Kenapa orang lain boleh pakai kereta yang harganya beratus -ratus ribu dan kita tidak? percayalah takda manusia yang bodoh atau pandai kecuali hanya yang rajin dan malas. Sy jadikan contoh seorang dari kawan yang saya kenal, sewaktu dibangku sekolah beliau amatlah malas dan pelajarannya amatlah tidak memuaskan.
Tapi sampai dikolej, beliau rajin beruasaha, dan CGPA terakhir nya adalah 4 flat.

renungkanlah...

untuk diriku sendiri dan tatapan pembaca lain..





Cinta atau harta?

16 December 2009

Assalamualaikum..

wow letih membaca blog orang lain. bulan disember yang aq perasan la semuanya berkenaan tentang cinta cinta cinta? korang dah takde keje lain ke sik tulis pasal cinta. taw la ramai yang berkahwin bulan 12 ni. aq juga tak kurang postnye dengan cerita pasal cinta.
Esok insyallah aq pulang ke kampung semula. macam nilah hidup sebelum bekerja, kejap balik kolej, pastu balik kampung balik, pastu datang balik. Dah macam kolej ni sebelah rumah aq.
Bila dah tak study sayang pulak aq nak tinggalkan kolej ni, bukan syg ape, syg pd internet nye yang mula dah laju dan rumah yg aq duduk sekarang aq conquer sorang-sorang. Peh beshnya aman duduk sorang diri ni. tak kacau sesiapa.

Sekarang
ni status aq masih menganggur menunggu result yang lembap giler nak keluar. Penantian yang amat menyiksakan, "menunggu" perkara yang aq paling tak suka, tapi adakalanya kene terima mengikut situasi. Jadi di kesempatan tu aq memenuhkan masa aq menyambung pengajian forex aq yang telah lama aq tinggalkan. 3 tahun memorex tapi hasilnya masih tak nampak, kalu tanya kat trader mana mana pun, diorang tak kesah diorang rugi ke apa, keseronakan bila dapat menambah pip pip tu yang menjadi satu agenda untuk aq teruskn perjalan forex ku ini.

OK tutup cerita pasal tu,

Sebenarnya yang menulis ini lebih pada perasaan, samaada kita nak meluahkan sesuatu atau kita cuba mencaritkan satu memori yang boleh kita kenang dan ingat. Aq ? aq menulis sebab ingin meluahkan sesuatu yang aq rasa perlu untuk diri aq sendiri ataupun menjadi ikhtibar pada org lain. Sebab? kalau dulu angan-angan mat jenin, ms tu takde komputer, tulis pun tak pandai, tapi sekarang cuba angan-angan anda tu anda tulis, dari A tentu akan berkembang ke B dan seterusnya. Jangan risau kalau angan kita tak tercapai sebab kita mempunyai banyak peluang untuk terus maju. Kita bukan apa apa selagi kita tak lakukan apa-apa. Kalu ikut trend untuk bulan ni, semuanya cerita pasal cinta. jadi letaklah angan-angan anda untuk tahun seterusnya kemana hala tuju perhubungan anda. Pengakhiran nya adalah perkahwinan yang menyatukan dua hati yang saling memerlukan.

Kalau di facebook saya, ada saya katakan yang kita tak perlu takut dan lokek apabila kita didalam sesuatu perhubungan, Jangan lokek untuk memberi kasih sayang, jangan lokek dan takut untuk menyayangi kerana semua orang perlukan kasih sayang. Pandai pandai la jaga harga dan maruah diri supaya ianya tak jatuh sebelum berdirinya rumahtangga.

Kenapa sy tak pernah jemu dan bosan menyatakan rasa kasih dan syg sy pada si dia ?
adakalnya memang si dia bosan, jemu dan letih mendengar kata kata dari saya. Bagi sy, ap yang ditemukan dan walaupun si dia masih belum sah sebagai seorang isteri, sy perlu belajar menyayangi nya. ada orang cakap. waktu bercinta beria ria, tapi bila dah kawin nth kemana semuanya.rasanya bukan semua yang jenis macam ni. Prinsip sy senang je, sekarang ni si dia masih lagi bersama sy walaupun diakui kdg2 bergaduh, tapi sy tak pernah serik utk meluahkn rasa kasih dan syg itu dengan cara sy sendiri.

Sy ambik petikan dari sebuah blog :

"Nowadays, the diamond in Habib Jewels is significant rather than cintajiwangkarat. Believe me, its facts. Go and ask them."

Emas pertama lebih berharga dari cintajiwangkarat?
Setuju ke?

Kalau bagi lelaki mungkin anda bersependapat dengan sy, tapi bg perempuan rasanya anda setuju dengan pendapat ini. Senang je, dari cintajiwangkarat lah dtg nya satu kejayaan yang membawa kepada habib jewels dan emas2 yang lain.

Ok untuk kaum hawa yang menyokong pendapat ini :

Cuba kamu fikir balik, dan cuba kamu tanya lelaki lelaki yang sudah jadi jutawan sekarang ni. mereka buat kaya sebab nak bagi kamu habib jewels ke? sebab nak bg kamu harta bende yang kamu nak? ouch! tlg la..tak puan2. mereka kaya sebab mereka ad usaha mereka sendiri, mereka ad produk mereka sendiri, produk untuk majukan diri mereka, untuk kesenangan mereka sendiri kelak. Ingat satu bende, harta bende dan kekayaan tak kan membawa apa2 warisan kepada anak cucu kita. melainkan ajaran agama dan keturunan yang baik. Sedangkan nabi menyuruh kita berserdehana dalam semua hal. Kesusahan diwaktu sekarang bukn lah selamanya...

Kesimpulannya, nk berjaya, nk kaya, datang dari usaha kita sendiri. takde jalan pintas untuk tuk dptkannya. dan tiada kesenangan yang selamanya senang. seblum kita menerima kesusahan.

apa aq nak cakap kat sini, kalau korang nak kawin, atau nak cari pasangan hidup,
carilah yang kenal erti berasa susah, yang sanggup melaluinya bersama kamu,
sebab walapn masa skrg kamu kaya, berharta, berduit,
sekali Allah tarik balik, jgn lah masa tu baru kamu sedar.
yang kamu juga setaraf seperti insan lain.
bersyukurlah dengan apa yang ada. kelak akan ad ganjarannya..

sekian...