Perlukah Malware dan Antivirus

18 December 2009

3 hari yang lepas, dengan tak semena-mena komputer aq tiba - tiba tersenyap dan cpu usage menunjukkan 100%. keadaan menjadi begitu berat sehingga aq tak mampu menggerakkan mouse yang terletak diatas meja ini.

hatiku mula menunjukkan tanda kemarahan dek perlakuan sumbang laptop ku itu. Kenapakah? ap yang terjadi? aq mula menimbulkn tanda tanya pada hati ku sendiri. Terdetik di hati mengatakan ini semua perbuatan si bakteria perosak yang menggondam laptop ku ini.
Seketika kemudian, dengan tidak semena mena, semua program yang memang ad dalam laptop ini tiba tiba keluar menampilkan diri bagai dikejar anjing virus yang mula mengganas, skype, ym, gtalk secara tiba tiba hilang fungsi dan yang paling tidak boleh aq terima apabila virus ini berjaya mendelete "antivirus" yang aq install dalam laptop ini serta membuang localhost a.k.a internet aq. Agak kejam perbuatan makhluk perosak ini. sehingga aq tidak terkata apa-apa hanya melihat ketentuan yang belum pasti.

Setelah semuanya senyap, Ternyata sang virus sudah berjaya menyelesaikn kerja nya dan meningglkan window xp ku yang telah dibaraikan sebentar tadi. Hatiku kali ini bukan lagi membara malah ingin meletup rasanya kerana file file yang sepatutnya aq backup tak dapat diselamatkan. Kebetulan pula pendrive, dan segala jenis external aq tak bawa masa tu.

Pergilah aq seberapa ketika mencari CD window xp untuk menformat kembali laptop aq ni.
Dan sekarang aq menggunakan window xp sp3. oPs! jgn tanya kenapa aq tak guna vista.
berdasarkan kemapuan laptop aq ni. vista adalah amat tidak sesuai baginya.

jadi sy nasihatkan. supaya anda memasang antivirus dan malware paling kurang.
antivirus sahaja tidak memadai untuk melindungi laptop anda.

sekian



Cinta atau harta?

16 December 2009

Assalamualaikum..

wow letih membaca blog orang lain. bulan disember yang aq perasan la semuanya berkenaan tentang cinta cinta cinta? korang dah takde keje lain ke sik tulis pasal cinta. taw la ramai yang berkahwin bulan 12 ni. aq juga tak kurang postnye dengan cerita pasal cinta.
Esok insyallah aq pulang ke kampung semula. macam nilah hidup sebelum bekerja, kejap balik kolej, pastu balik kampung balik, pastu datang balik. Dah macam kolej ni sebelah rumah aq.
Bila dah tak study sayang pulak aq nak tinggalkan kolej ni, bukan syg ape, syg pd internet nye yang mula dah laju dan rumah yg aq duduk sekarang aq conquer sorang-sorang. Peh beshnya aman duduk sorang diri ni. tak kacau sesiapa.

Sekarang
ni status aq masih menganggur menunggu result yang lembap giler nak keluar. Penantian yang amat menyiksakan, "menunggu" perkara yang aq paling tak suka, tapi adakalanya kene terima mengikut situasi. Jadi di kesempatan tu aq memenuhkan masa aq menyambung pengajian forex aq yang telah lama aq tinggalkan. 3 tahun memorex tapi hasilnya masih tak nampak, kalu tanya kat trader mana mana pun, diorang tak kesah diorang rugi ke apa, keseronakan bila dapat menambah pip pip tu yang menjadi satu agenda untuk aq teruskn perjalan forex ku ini.

OK tutup cerita pasal tu,

Sebenarnya yang menulis ini lebih pada perasaan, samaada kita nak meluahkan sesuatu atau kita cuba mencaritkan satu memori yang boleh kita kenang dan ingat. Aq ? aq menulis sebab ingin meluahkan sesuatu yang aq rasa perlu untuk diri aq sendiri ataupun menjadi ikhtibar pada org lain. Sebab? kalau dulu angan-angan mat jenin, ms tu takde komputer, tulis pun tak pandai, tapi sekarang cuba angan-angan anda tu anda tulis, dari A tentu akan berkembang ke B dan seterusnya. Jangan risau kalau angan kita tak tercapai sebab kita mempunyai banyak peluang untuk terus maju. Kita bukan apa apa selagi kita tak lakukan apa-apa. Kalu ikut trend untuk bulan ni, semuanya cerita pasal cinta. jadi letaklah angan-angan anda untuk tahun seterusnya kemana hala tuju perhubungan anda. Pengakhiran nya adalah perkahwinan yang menyatukan dua hati yang saling memerlukan.

Kalau di facebook saya, ada saya katakan yang kita tak perlu takut dan lokek apabila kita didalam sesuatu perhubungan, Jangan lokek untuk memberi kasih sayang, jangan lokek dan takut untuk menyayangi kerana semua orang perlukan kasih sayang. Pandai pandai la jaga harga dan maruah diri supaya ianya tak jatuh sebelum berdirinya rumahtangga.

Kenapa sy tak pernah jemu dan bosan menyatakan rasa kasih dan syg sy pada si dia ?
adakalnya memang si dia bosan, jemu dan letih mendengar kata kata dari saya. Bagi sy, ap yang ditemukan dan walaupun si dia masih belum sah sebagai seorang isteri, sy perlu belajar menyayangi nya. ada orang cakap. waktu bercinta beria ria, tapi bila dah kawin nth kemana semuanya.rasanya bukan semua yang jenis macam ni. Prinsip sy senang je, sekarang ni si dia masih lagi bersama sy walaupun diakui kdg2 bergaduh, tapi sy tak pernah serik utk meluahkn rasa kasih dan syg itu dengan cara sy sendiri.

Sy ambik petikan dari sebuah blog :

"Nowadays, the diamond in Habib Jewels is significant rather than cintajiwangkarat. Believe me, its facts. Go and ask them."

Emas pertama lebih berharga dari cintajiwangkarat?
Setuju ke?

Kalau bagi lelaki mungkin anda bersependapat dengan sy, tapi bg perempuan rasanya anda setuju dengan pendapat ini. Senang je, dari cintajiwangkarat lah dtg nya satu kejayaan yang membawa kepada habib jewels dan emas2 yang lain.

Ok untuk kaum hawa yang menyokong pendapat ini :

Cuba kamu fikir balik, dan cuba kamu tanya lelaki lelaki yang sudah jadi jutawan sekarang ni. mereka buat kaya sebab nak bagi kamu habib jewels ke? sebab nak bg kamu harta bende yang kamu nak? ouch! tlg la..tak puan2. mereka kaya sebab mereka ad usaha mereka sendiri, mereka ad produk mereka sendiri, produk untuk majukan diri mereka, untuk kesenangan mereka sendiri kelak. Ingat satu bende, harta bende dan kekayaan tak kan membawa apa2 warisan kepada anak cucu kita. melainkan ajaran agama dan keturunan yang baik. Sedangkan nabi menyuruh kita berserdehana dalam semua hal. Kesusahan diwaktu sekarang bukn lah selamanya...

Kesimpulannya, nk berjaya, nk kaya, datang dari usaha kita sendiri. takde jalan pintas untuk tuk dptkannya. dan tiada kesenangan yang selamanya senang. seblum kita menerima kesusahan.

apa aq nak cakap kat sini, kalau korang nak kawin, atau nak cari pasangan hidup,
carilah yang kenal erti berasa susah, yang sanggup melaluinya bersama kamu,
sebab walapn masa skrg kamu kaya, berharta, berduit,
sekali Allah tarik balik, jgn lah masa tu baru kamu sedar.
yang kamu juga setaraf seperti insan lain.
bersyukurlah dengan apa yang ada. kelak akan ad ganjarannya..

sekian...

perjalanan hidup BDY 5130

08 December 2009

2 hari kete ku terbengkalai di workshop. dan dalam masa dua hari tu juga la aq dpt tgk mcm mcm perkara. Ceritanya bermula begini, semasa dlm perjlnn pulang ke Kolej. aq memang nak terus nak ke subang untuk menjemput si dia. Dipendekkan cerita jalan punya jalan, dengan tak semena mena temperature kereta meningkat dengan mendadak.
aq pn berhenti la seketika. sebab kalu dalam keadaan camtu, kalau di lanyak juga kereta tersebut, gasket akan terbakar. di penantian ku di tepi jalan tu, tiba tiba datang satu india pomen cakap radiator aq kotor. pk punye pk memang radiotor tu kotor ok takpe ikut jela g cuci kat workshop berdekatan kawasan industri ringn mumbai..

5.00pm : sampai di workshop yang takde signboard dan bukan macam workshop. takut gak sebab aq sorang tempat tu pn agak menyeramkan.then mereka bukak aq punye radiator untuk dicuci.

5.30: masih belum siap radiotor tersebut. tapi dtg lagi 2 orang india. nth ap die memekak2 dalm bahasa die. menunjukkan nada bergadoh dengan owner kepada workshop tersebut.

6.00pm: perang mulut masih belum tamat. dan radiator aq pn tak seap lagi cuci.
6.30pm: Perang mulut diantara 4 orang india mula reda. radiator aq pn dah seap dicuci. tapi bila pasang lagi teruk jadinya. Temperature menunjukkan keberaniannya dengan meningkkat kn kadar suhu dengan kadar mendadak.Then dengan bangangnya si india terbsebut pegi test aq punye kereta. dah nampak temperature merah lagi dia nak jalan juga.
pastu cakap gasket terbakar?
7.00pm: membuat keputusan untuk tukar gasket plak...

bersambung..