Doa Dari Hadith Nabi

01 March 2010

Ya Allah Kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu,

Jadikanlah cinta-Mu, itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu, Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku menicntai apa yang Engkau cintai,.

Dan apa sahaja yang Engaku singkirkan daripada apa yang engkau cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engaku cintai, Ya Allah jadikanalah cinta-Mu, sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah jadikanlah aku mencintaiMu mencintai Malaikat Mu Rasul rasulMu dan hamba hamba Mu yang Soleh, Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu, dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang engkau cintai, Ya Allah jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cibtaku dan seluruh ushaku demi keredhaan mu







Menambah Graduan Menganggur

08 February 2010

Tanam anggur tanam buah berry, tanam cerry. mcm mcm ditanam kat rumah. Ini lah die kes kes graduan yang masih tak dapat peluang kerja yang duduk terperap dirumah seperti saya.
Jobstreet, Jobmalaysia, spa, careerjet. semua dah apply tapi masih belum ad rezeki untuk dipanggil temuduga..
Persaingan pula adalah amat sengit seperti Pertarungan setiap tentera tentera yang ingin menuju mendapatkan sesuatu..
Aku sudah mula buntu memikirkan soal keje ini, buat masa ni hanyalah menjadi part time photographer dan video untuk wedding -wedding yang berlangsung..
Lulusan diploma sekarang bukan macam dulu, kalau dulu masa aku sekolah rendah. sapa sapa yang amek diploma orang kampung mesti kecoh. Macam sipolan tu dapat ape je. tapi sekarang diploma yang ada tak menjanjikan apa apa jika tiada pengalaman..

So ad sape2 nak offer keje? hehehe meh la comment2 disini...

entry sesat

24 January 2010

Disebabkan entry di blog sebelah tiada satu langsung diselitkan nama aq, tergerak hati nak menulis bende bende bosan ni walaupun malas. Ketika ini keadaan masih lagi dalam keadaan tak stabil dengan sakit sakit yang aq hadapi (sakit dirahsiakan) tetapi perkara utama yang aq lakukan setiap kali aq online adalah membaca setiap entry di blog sebelah itu. Itulah rutin harian yang aq lakukan rasanya aq lah orang pertama yg membacanya setiap kali beliau mengupdate blognya. Gembira ke sedih ke aq tetap menjadi peminat no 1 yg membaca blog beliau. tapi adaklnya terkilan di hati bila nama ini jrg sekali dimasukkan kedlm blog tersebut. Mungkin terlupa atau tak penting :)

aq taw blog ni mungkin hanya insan2 yang tersesat terlanjur membaca blog aq ni. dari hari ke sehari hidup ni semakin terasa sepi dan terasa tak berteman. Sebab tiada apa yang penting kt diri aq yg perlu orang cari...stop! aq paling benci melayan perasaan mcm ni. kerana terlalu bnyk kesusahan yg aq telah hadapi hanya utk mendptkn sedikit penghormataan dan kasih syg.
bukalah hati bukalah mata dan bersyukur dengan ap yg anda ada. Ya! aq bersyukur, sebab tu lah smpi skrg aq masih bersama si dia dengn penuh kesabaran dan kasih syg. samaada hatinya betul ad untuk aq. itu aq x tawla..